Navigation Menu

Pergi melancong, patut guna duit sendiri atau pinjam?

travel melancong pinjam duit bank

Tujuan pergi melancong ni pada pandangan aku, hanyalah bertujuan untuk menggembirakan hati, jiwa dan raga seseorang itu selepas berbulan-bulan mungkin bertahun-tahun memikul tanggungjawab di firm atau syarikat yang tertentu.

Bukan bertujuan untuk suka-suka. Misalnya, situasi sebegini;
Di dalam rumah yang diduduki oleh hanya anda dan adik bongsu yang baru berumur hingusan 2 tahun kerana emak sedang bekerja. Adik berkerenah seperti bela 10 kucing dalam rumah. Anda muram duduk dalam rumah tak ada duit tak ada kerja tak apa semua. Tiba-tiba anda ternampak satu iklan pakej pelancongan ke Pulau Bora Bora. Anda 'pinjam' duit emak menggunakan credit card kepunyaannya. Then, you live happily ever after... for 3 days only. LUL

Sangatlah mustahil untuk pergi melancong kalau anda tak ada duit. Terpapar contoh pergi melancong tetapi tak cukup duit, news tweet yang agak viral sejak beberapa hari yang lepas.


Akan tetapi, adakah meminjam duit di bank semata-mata bertujuan untuk melancong masih wajar? Of course, setiap perbincangan mesti ada perdebatannya.

Nota; Penulisan di bawah ini adalah penulisan yang di ambil daripada Aliff Channel

Meminjam wang untuk bercuti atau travel mungkin menjadi pilihan anda. Tetapi, adakah meminjam wang di bank itu perlu untuk dilakukan?

Pinjaman wang untuk bercuti memang memberikan kemudahan bagi anda. Namun, ini akan membuat anda harus membayar kembali dalam masa setahun penuh.

Pinjaman wang peribadi mungkin sama dengan pinjaman biasanya, dengan pemeriksaan aplikasi dan data kredit anda. Pelancong dengan kredit buruk akan ditolak. Sementara yang mempunyai rekod baik dalam membayar hutang boleh mendapatkan kemudahan mewah.

Berdasarkan Moneysupermarket.com, pelancong boleh mendapatkan peluang lebih banyak jika anda boleh membayar dengan jumlah besar.

Bagi anda yang boleh mengatur kewangan percutian dengan baik, adalah petunjuk bagi bank jika anda komited untuk menyelesaikan kredit tepat waktunya. Misalnya, selesaikan ansuran kereta, atau rumah ini akan memudahkan anda untuk diterima pihak bank.

Seperti memetik dari Travelerstoday, segala kemudahan yang diberikan harus dipertimbangkan oleh pelancong. Sebab, ini boleh berpotensi merosakkan situasi kewangan anda.

Misalnya, pinjaman kereta dengan harga RM40 ribu, dikatakan setara dengan anda mengambil pakej prcutian mengelilingi Eropah untuk yang sudah berkeluarga. Sementara waktu pembayaran semula hanya 3 tahun, jadi difikirkan lebih baik ya.

0 comments: