Navigation Menu

featured Slider

Featured

Music Section

Tips-tips Section

Latest Posts

kappasm ads 120

Random Posts

LATEST POSTS

Rumah dinding tingkap

rumah-dinding-tingkap

Terletak di pergunungan West Virginia, jurugambar Nick Olson dan pereka Lilah Horwitz telah membina rumah mempesona yang diperbuat daripada bekas tingkap yang dibuang oleh pemiliknya.

Pondok kecil yang dibuat di pergunungan itu menawarkan pondok kreatif yang diperbuat daripada tingkap dari pelbagai saiz, memberikan sentuhan artistik baik luar bandar dan moden. Mereka memanfaatkan material dari bahan buangan yang ditinggalkan di sekitar, Nick Olson dan pereka Lilah Horwitz sangat kreatif itu mampu membina kabin kaca yang luar biasa dengan kos hanya sekitar $500.

Olson mengatakan, "Kami mampu mewujudkannya kerana kita adalah seniman dan 'pencipta'. Kita harus pandai untuk melakukannya dengan murah. "Ini bermakna saat membina kita makan kacang dan beras sementara mendedikasikan masa dan tenaga untuk membina rumah.

Tips untuk jimat elektrik

tips-jimat-elektrik

Ada satu kisah yang menimpa sebuah keluarga apabila terpaksa menjelaskan saman yang dikeluarkan oleh syarikat pembekal bekalan tenaga eletrik kerana di dakwa telah menggunakan alat penjimat tenaga elektrik yang tidak diiktiraf oleh pihaknya.

Melalui perkongsian itu, keluarga tersebut mengakui kesilapan mereka dan mendedahkan terpaksa membayar jumlah saman bernilai hampir RM 9000.

Jadi, betul ke kita tidak boleh mengambil langkah-langkah sendiri untuk menjimatkan elektrik? Kenapa pihak pembekal nak keluarkan saman kalau apa yang kita buat cuma untuk kurangkan penggunaan tenaga elektrik kan.

Sebenarnya, pihak pembekal tiada masalah jika tindakan penjimatan elektrik anda tidak mengganggu bacaan pada meter atau anda menggunakan alatan canggih yang sememangnya diciptakan untuk menjimatkan elektrik. Malah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku pembekal utama tenaga elektrik turut berkongsi 20 tips yang anda boleh amalkan agar bil elektrik anda berkurang.

Basuh baju dalam jumlah yang banyak.


Ya, anda sebenarnya dapat menjimatkan tenaga elektrik jika anda mengumpulkan semua baju kotor di rumah anda dan dibasuh dalam sekali gus berbanding membasuh secara berasingan. Malah pihak TNB juga memberitahu bahawa mesin basuh adalah alatan elektrik yang banyak menggunakan tenaga.





Cuci penapis pendingin udara.


Jika anda mempunyai pendingin udara di rumah, anda perlu meluangkan masa untuk mencuci penapis pada pendingin udara anda secara kerap kerana ia penting untuk penggunaan elektrik yang lebih efisien. Malah pendingin udara yang lebih efisien mengalirkan udara yang lebih sejuk.





Tutup semua pintu dan tingkap bila hidupkan pendingin udara.


Anda pun sedia maklum kan bila anda hidupkan semua pendingin udara, anda hendaklah memastikan semua pintu dan tingkap di rumah anda ditutup rapat terlebih dahulu. Ini bagi memastikan agar ruang rumah anda menjadi sejuk lebih cepat dan menggunakan sedikit tenaga.





Guna lampu jimat tenaga.


Kini, pasaran menawarkan banyak pilihan lampu yang mempunyai pelnagai bentuk yang cantik-cantik. Namun jika anda seorang pengguna yang bijak, kami pasti anda akan memilih lampu yang menjimatkan tenaga berbanding perkara-perkara yang lain terlebih dahulu kan. Selain menggunakan tenaga elektrik yang kurang, lampu jimat tenaga juga boleh bertahan untuk tempoh masa lebih lama.





Gosok baju dalam jumlah pukal

Menggosok baju dalam jumlah yang banyak sekali gus sebenarnya lebih menjimatkan elektrik dan masa berbanding menggosok baju dalam jumlah sedikit secara berasingan.





Isi cerek elektrik air sampai penuh


Adalah lebih bijak untuk anda jika anda mengisi penuh cerek elektrik anda sebelum dipanaskan dan kemudian menyimpan baki air yang tidak digunakan di dalam flask. Jadi, jika anda ingin menggunakan air panas, anda tidak perlu memanaskan air yang lain pula.





Guna alat elektrik dengan penarafan lima bintang.


Untuk menjimatkan elektrik, mulai hari ini anda bolehlah memilih peralatan elektrik dengan penarafan lima bintang kerana ia adalah peralatan yang menjimatkan penggunaan elektrik.





Jauhkan peti ais anda daripada dinding.


Berikan ruang untuk peti ais anda bernafas. TNB menasihatkan anda untuk menjarakkan peti ais anda sekurangnya 10 cm daripada dinding. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengelak daripada meletakkan peti ais di kawasan yang panas. Jadi, meletakkan peti ais anda di tempat yang sesuai dapat mejimatkan tenaga elektrik sebenarnya.





Tutup komputer anda jika tidak digunakan


Memang jadi kebiasaannya untuk anda meletakkan komputer anda dalam mod sedia setiap kali anda tidak menggunakan laptop anda kan. Sebenarnya kalau anda nak tahu, setiap kali anda membiarkan komputer anda, ia sebenarnya masih menggunakan tenaga elektrik. Jadi anda hendaklah mematikan komputer anda setiap kali tidak digunakan berbanding meninggalkannya dalam mod sedia.





Gunakan lampu luar rumah yang dilengkapi pemasa.


Berbanding membiarkan lampu luar rumah anda hidup sepanjang masa, lebih baik anda menggunakan lampu yang dilengkapi pemasa supaya ia hanya hidup dalam masa-masa yang ditetapkan sahaja. Jadi, anda tidak perlu risau lagi jika anda terlupa untuk menghidup atau mematikan lampu tersebut.





Guna lampu Fluoresen T5


Jika tadi kami kongsikan tips menggunakan lampu jimat tenaga, kali ini TNB juga turut menyarankan anda memilih lampu Fluoresen T5 kerana ia menawarkan pengcahayaan yang lebih dan mengurangkan penggunaan elektrik.





Tetapkan pendingin udara anda dengan suhu antara 23C-25C


Tidak dinafikan bahawa pendingin udara menggunakan tenaga elektrik yang sangat banyak. Jadi TNB menyarankan anda menetapkan suhu pendingin udara anda sekitar 23C hingga 25C sahaja kerana ia sudah mencukupi untuk menyejukkan udara malah ia menggunakan tenaga elektrik yang sedikit sahaja.





Tetapkan pemasa pada pendingin udara.


Memang seronok jika dapat tidur dalam suasana yang sejuk dan nyaman dengan menghidupkan pendingin udara kan, tapi tahukan anda tidak ada keperluan untuk membiarkan pendingin udara hidup sepanjang masa. Jadi apa kata anda tetapkan pemasa supaya ia boleh akan mati sendiri seteleh beberapa jam anda tidur. Ia lebih jimat.





Guna lampu yang mempunyai penderia


Berbanding membiarkan lampu anda hidup sepanjang masa, apa kata anda gunakan lampu yang mempunyai penderia dan hidup apabila mengesan pergerakkan sahaja.





Guna water pump jimat tenaga.

Jika anda mempunyai akuarium atau kolam hiasan, water pump yang digunakan untuk memastikan aliran air hidup sebenarnya menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi anda disarankan menggunakan produk water pump yang menjimatkan elektrik.





Susun bahan yang disimpan di dalam peti ais.


Bebanding menyumbat peti ais hingga padat, anda hendaklah menyusung barang-barang tersebut terlebih dahulu supaya peti ais anda mempunyai ruang-ruang yang terbuka untuk memastikan aliran udara dapat bergerak. Jadi, pengaliran udara yang baik di dalam peti ais sebenarnya dapat menjimatkan tenaga lektrik.





Pastikan cerek elektrik anda bersih.


Kerak-kerak yang wujud di bahagian dalam cerek elektrik sebenarnya melambatkan air daripada panas, sekaligus mengambil masa yang lama dan tenaga elektrik yang lebih untuk memanaskan air berbanding penggunaan biasa. Jadi, jangan malas cuci cerek elektrik anda.





Guna pemanas sir segera.


Berbanding menggunakan pemanas air jenis tangki, apa kata anda beralih kepada pemanas air segera kerana ia hanya memanaskan air untuk anda bila anda gunakannya ia sahaja. Jadi, air tidak dipanaskan sepanjang masa dan elektrik dapat dijimatkan.





Basuh baju dengan cucian sejuk.


Jika anda memilih untuk membasuh baju dengan tetapan cucian panas pada mesin basuh anda, ia sebenarnya menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Jadi, jika anda boleh menggunakan tetapan cucian sejuk, ia dapat menjimatkan tenaga elektrik.





Pasang pendingin udara yang sesuai dengan saiz ruang rumah anda.

Anda hendaklah memilih pendingin udara yang sesuai dengan saiz ruang di rumah anda kerana saiz amat penting supaya ia dapat berfungsi dengan efisien dan menjimatkan tenaga.





Mostly just common sense je.

Vespa kayu Portugal



Tukang kayu berasal dari Portugal, Carlos Alberto telah merancang dan mencipta sebuah skuter Vespa yang seluruhnya diperbuat dari kayu. Skuter itu dinamakan seperti nama anak perempuannya, Daniella. Vespa itu dibuat dari kayu lapis yang sesuai dipasang pada skuter Vespa secara umum.

Hasil kerajinan yang penuh kasih itu merupakan hadiah yang unik dan akan selalu diingat.


[Gigs Underground] 30 April 2017

Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

Yuhhuuuuu, hai semua! Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harap korang semua sentiasa sihat bersemangat dan bertenaga sentiasa. Kali ni aku memang sangat busy sampai aku kejar masa nak type-kan untuk korang semua list gig yang aku dapat. Malam ni korang terus plan okay sebab memang banyak gig minggu ini serata Malaysia, utara selatan timur barat semua ada. Jangan rambang mata pulak, sebab gig minggu ni memang sangat menggugat jiwa. Yeah!

Sebelum tu, aku nak ingatkan bahawa gig untuk 29 April dah di-publish pun, so boleh survey gig 29 April di sini.

Okay semua, Bismillah.


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

WELCOME TO MY HOOD


Okay, first gig yang aku masukkan ke dalam list ni memang menggegarkan jari-jemari semasa aku menaip. Terus -terang pabila mata ini ternampak Restraint, dan Naratu terus rasa macam nak berhenti menaip, play lagu diorang dan ‘bersenam’ sorang-sorang. What a gig! Lihat sendiri lah band-band yang terlibat, confirm korang cancel dating dengan awek esok malam. Lets have a black party guys!
  • Venue: Perfect Square, TTDI, KL
  • Fees: RM20 (Pre-sale) / RM25 (Door)


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

IPOH MAYDAY VOL 2


Next! Gig yang kedua ini mudah untuk orang-orang Ipoh pergi. Gig ni bermula jam 3 petang dan dijangka tamat jam 11 malam. Sempat lagi korang nak jalan-jalan di Gerbang Malam, kemudian lepak di Padang Polo ( gelaran) atau bedal sup tulang di dataran. Gig ini menampilkan barisan kugiran, haha, band yang padu-padu. Bring extra cash sebab Expurgated punya EP available untuk korang dapatkan, yang mana di-release sehari sebelum, iaitu 29 April di Rumah Api. Jangan bagi alasan ada match bola, sebab korang akan menyesal kalau terlepas gig ini! Jom yeop!
  • Venue: Insider Satellite, Ipoh
  • Fees: RM10


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

PIRATES GIG 2017


Warnayang, On a Trip, Tyranny dan beberapa band lain ini tampil untuk menghangatkan jiwa dan malam Sabtu korang. Jangan tangguh-tangguh lagi, sebab bila korang nampak nama band-band yang terlibat, venue dia lagi, umphh! Lets Go!
  • Venue: Minut Init, Damansara
  • Fees: RM10


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

WAN PUNCH MAN


Hey guys! Kouji Abe and Silent Angel. Black Market lagi, mustahil korang takde rasa nak melompat dan mengerjakan crowd kat tempat popular bagi local scene ni, Rumah Api. Betul tak? Gig ini bermula 8 malam, seperti gig-gig lain jugak, kalau mula jam 8 malam jangan lupa Maghrib dulu bagi yang Muslim okay!
  • Venue: Rumah Api, Ampang
  • Fees: RM20


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

LOKALFELLAS


Yes! Pernah dengar lagu Manusia tak? Yes! Lux Spectra, Empty Page dan beberapa band lain yang mungkin sekarang sedang berlatih, atau rehearsal untuk gig Sabtu ini. Sebab nak hiburkan korang juga kan? Special nya gig ini, band Half Asleep akan launch new single diorang, so korang terlepas peluang ini okay.
  • Venue: ATAS by Bijan FX
  • Fees: RM 20 (Online) / RM25 (Door)


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

NEU BAZAAR VOL 2


Yeah guys, ada version of Acoustic kali ini, special untuk orang JB, yang mana korang akan dihiburkan oleh band Classmate, Faliant Ferdiant Trio dan guess who? Lisa Ali dan Sharan Zaki. Sumpah rugi tak pergi!
  • Venue: Neuhaus Cafe, BBU, JB
  • Fees: Tidak Dinyatakan



Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

TO SHAPE LOVE IN MISERABLE POET HEART


Aku memang suka genre diorang ini, ada seakan ambience, space, but still menyengat dengan ketukan drum yang padu, musical talent diorang ni pada pendapat aku special lah. Jangan tunggu-tunggu lagi, jom!
  • Venue: The Rockin Jamz Hall, Masai, JB
  • Fees: RM20


Okay, aku sertakan sekali video-video untuk korang semua layan, mukaddimah la untuk gig nanti.



RESTRAINT




EXPURGATED




TYRANNY





SILENT ANGEL





LUX SPECTRA





CLASSMATE





PARIS IN THE MAKING



Instagram sekarang mempunyai 700 juta pengguna

Instagram sekarang mempunyai 700 juta pengguna

Dalam masa dua tahun 'sayap' Instagram berkembang daripada 300 juta pengguna kepada 600 juta, but the growth of social does not seem to have plans to slow down, syarikat itu baru sahaja mengumumkan bahawa jumlah bilangan pengguna bertambah sebanyak 100 juta lagi sejak lima bulan lepas. 

Menurut syarikat itu, which celebrated the 600 million mark last December, jumlah pengguna meningkat lebih cepat sejak wujudnya pendaftaran untuk pengguna baru Instagram.

Antara sebab peningkatan pengguna ini adalah Stories, juga dikenali sebagai Snaps in the app dicipta oleh Evan Spiegel. Feature tersebut diperkenalkan pada bulan Ogos yang lalu dan sejak itu Instagram telah mengaut ramai pengguna daripada aplikasi Snapchat (161 juta pengguna pada akhir tahun 2016).

Walaupun bilangan pengguna Instagram begitu tinggi, platform tersebut masih berada di belakang perkhidmatan sosial Facebook yang lain seperti 
  • WhatsApp (1.2 bilion pengguna) 
  • Messenger (1.2 bilion pengguna) dan 
  • Facebook (1.86 bilion pengguna). 

5 band Underground 90-an yang wajib dikenali

5 band Underground 90-an yang wajib dikenali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Amacam? Sihat? Input kali ini adalah tentang apa yang korang dah tahu pun sebenarnya, tapi jangan terkejut lah ada sahaja lagi yang masih tak tahu tentang perkara ni, termasuklah aku. Bukannya aku otai dalam scene lokal ni. Kan? Tahu gitu-gitu je bro, so aku pun cuba lah mengkaji sikit berbekalkan kemahiran melayari internet. He he he. Kali ini aku cuba kongsikan kepada korang semua band-band underground yang wajib korang tahu, sepatutnya. Kalau tak tahu, ambil tahu sekarang juga okay! 

So silakan! 

Scene muzik underground di Malaysia dikatakan sudah bermula lewat tahun 70-an. Pada ketika itu, penggemar muzik underground lebih terpengaruh dengan muzik bergenre punk kerana banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga kerana pengaruh band punk yang sangat popular pada ketika itu iaitu The Sex Pistols.

Pada era 80-an, muzik underground sedang membangun dan berkembang. Pada ketika ini, band-band underground semakin dikenali sedikit demi sedikit. Joe Kidd adalah orang pertama yang memulakan scene punk di Kuala Terengganu dan scene muzik underground ini menjadi semakin hangat pada penghujung tahun 80-an.

Diawal kemunculan scene muzik underground ini, hanya muzik bergenre metal yang banyak menguasai carta muzik underground. Namun begitu, apabila masuk ke era 90-an, scene muzik underground semakin meletup dengan kemunculan band-band underground yang menampilkan muzik bergenre alternatif, punk, skin, grunge, brit pop, hardcore dan juga indie.

Kehadiran mereka di dalam scene underground ini adalah kerana mereka sudah bosan dengan industri muzik tempatan yang hanya lebih tertumpu pada nilai-nilai komersial yang langsung tiada kelainan. Oleh kerana itu, tertubuhlah band-band underground era 90-an yang cukup popular dikalangan remaja ketika itu.

Untuk artikel ini, kami akan menceritakan 5 band yang telah membantu dalam menaikkan scene underground dalam era 90-an sahaja. Band-band ini telah memberi impak yang sangat hebat kepada para remaja sehingga banyak penganjuran gig dibuat untuk memenuhi kehendak para peminat.

Jom kita lihat 5 band yang telah mewarnai scene underground dalam era 90-an ini.

      Carburetor Dung


Band yang membawa genre muzik punk rock ini telah ditubuhkan pada tahun 1991. Band ini telah ditubuhkan oleh Fendi, iaitu pemain bassist band ini. Namun begitu, nama asal band ini ialah Stormfish. Tetapi, setelah kemasukan Joe Kidd sebagai gitaris, band ini bertukar nama menjadi Carburetor Dung.
Album pertama Carburetor Dung yang berjudul ‘Song For Friends’ telah dilancarkan pada tahun 1993. Pada ketika, bandmates band ini terdiri daripada Fendi, Joe Kidd, Lan Bear, Pari ‘rasta’ Fari dan juga Shahlan. Lagu dalam album ini yang cukup popular sehingga kini dan telah menaikkan nama Carburetor Dung ialah ‘Boo Hoo Clapping Song’.

Carburetor Dung masih lagi aktif bermain muzik sehingga kini dan masih kekal bergerak secara underground. Menurut Joe Kidd, mereka masih mahu berpegang kepada prinsip DIY di mana segala-galanya dibuat oleh mereka sendiri dan tidak terikat dengan peraturan sesiapa. Dengan itu, dapatlah mereka menghasilkan muzik yang benar-benar datang dari isi hati mereka.


5 band Underground 90-an yang wajib dikenali

      A.C.A.B


Band yang membawa muzik bergenre Oi! ni telah memulakan perjuangan muzik mereka pada tahun 1994. A.C.A.B diasaskan oleh dua anak muda dari Kuala Lumpur bernama Magskin dan juga Eddie. Dari dua orang ini, mereka telah mengambil ahli-ahli lain untuk melengkapkan barisan band ini iaitu Sham, Anas dan juga Black.

Demo pertama A.C.A.B ini telah dilancarkan pada tahun 1995. Demo yang berjudul ‘A.C.A.B’ ini telah dimuatkan dengan 7 buah lagu dan antaranya ialah lagu seperti ‘Unfairground’, ‘A.C.A.B’ dan juga ‘Fight For Your Right’. Demo ini telah dikeluarkan di bawah label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records.

Band A.C.A.B ini boleh dikatakan sebagai band yang telah menaikkan scene skinhead dalam Malaysia. Lagu-lagu band ini juga kebanyakannya tentang perjuangan hidup golongan pertengahan. Namun begitu, pada tahun 2006, band ini telah membawa genre muzik yang baru. Dari Oi!, band ini beralih ke genre indie rock dan seterusnya mengubah nama band ini menjadi The A.C.A.B.


      5 band Underground 90-an yang wajib dikenali  

      Butterfingers


Dua ahli terawal dalam band ini ialah Loque dan juga Kadak. Ini kerana mereka bersekolah di sekolah yang sama iaitu Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Pada tahun 1993, Loque telah bertemu Emmet di mana pertemuan itu menyebabkan Emmet bersetuju beraksi bersama Loque. Line-up terawal Butterfingers pada masa itu ialah Loque, Kadak, Emmet dan juga Kalai di mana Emmet menjadi vokalis utama band ini.

Butterfingers adalah sebuah band yang membawa muzik bergenre grunge memandangkan mereka mendapat pengaruh band grunge yang cukup terkenal di Amerika Syarikat iaitu Nirvana. Dua lagu terawal yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Girl Friday’ dan juga ‘Nic O’ Tynne’. Semasa mempersembahkan lagu-lagu ini di Cobra Club House, Petaling jaya, di mana ini adalah persembahan pertama mereka, para penonton telah memberi sambutan gemuruh dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat untuk bergiat dalam industri muzik.

Butterfingers telah mengeluarkan 6 album setakat ini dan antara lagu-lagunya yang masih diingati adalah seperti ‘Chemistry’, ‘Chrome’ dan terdapat juga lagu-lagu berbahasa Melayu seperti ‘Kabus Ribut’ dan ‘Merpati Sejoli’. Kini Butterfingers boleh dikatakan telah mengundur diri dalam industri muzik tempatan dan Loque akhirnya memutuskan menubuhkan band baru bernama Monoloque.

Namun begitu, Butterfingers akan membuat kemunculan semula dalam acara ‘Rockaway 2016’ yang akan bermula pada 29 Oktober 2016. Inilah peluang kepada para peminat Butterfingers untuk melepaskan rindu mereka.


5 band Underground 90-an yang wajib dikenali
Kredit Foto: thestar.com.my

      OAG


Band OAG ataupun nama panjangnya ‘Old Automatic Garbage’ dan kemudiannya ditukar menjadi ‘Orang Asia Genius’ adalah band underground yang telah ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan ini ditubuhkan selepas menonton Konsert ‘Ikhlas’ pada tahun yang sama. Ahli asal band ini ialah Radhi, Lam dan Chi. Memandangkan zodiak mereka bertiga ialah Leo, maka lambang singa digunakan untuk menjadi logo OAG.

OAG adalah band yang membawa muzik bergenre rock alternatif dan pada asalnya band ini cuma bergerak dalam scene underground. Tetapi, selepas OAG menghantar demo mereka kepada Positive Tone dan telah menarik perhatian Paul Moss (penerbit) dan beliau terus mendaftarkan OAG di bawah Positive Tone.

OAG boleh dikatakan sebagai band yang berjaya mencipta nama di arus perdana walaupun bermula di scene underground. Antara pencapaian membanggakan OAG ialah apabila band ini dipilih untuk menyanyikan lagu tema yang bertajuk ‘Name of The Game’ untuk Piala Dunia Belia 1997.


      5 band Underground 90-an yang wajib dikenali
      Kredit Foto: www.discogs.com

      The Pilgrims


Band ini ditubuhkan pada tahun 1987 dan berasal dari Kuantan, Pahang. Pada asalnya, nama band ini ialah Hijrah. Tetapi, apabila mereka mendapat tahu ada band di Sarawak yang menggunakan nama yang sama, band ini mengubah nama mereka menjadi The Pilgrims.

Band ini dianggotai oleh 4 orang anak muda dan line-up asal band ini ialah Kombat, Bob Magnus, Hashim Semirin dan Bain. Band ini membawa muzik bergenre metal, tetapi ada yang mengatakan bahawa band ini membawa muzik bergenre punk rock. Album pertama mereka dilancarkan pada tahun 1992 dan berjudul ‘Perfume Garden’.

The Pilgrims telah menghasilkan 5 buah album di mana album terakhir mereka yang berjudul ‘Achtung. This Is Not A Metal Band’ telah dikeluarkan pada tahun 2000. Band ini juga sebenarnya turut mendapat sentuhan bandmate Carburetor Dung iaitu Joe Kidd. Antara lagu-lagu popular yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Churaliya’ dan juga ‘Sua Sui Good Morning’.

Kehadiran 5 band ini dalam scene muzik underground Malaysia sememangnya telah mencipta fenomena yang tersendiri. Selain itu, para pendengar muzik pada ketika itu mempunyai lebih banyak pilihan berbanding mendengar muzik-muzik tempatan yang hanya mempunyai nilai-nilai komersial. MENSIVE


Andainya anda mempunyai pendapat dan pandangan tentang scene muzik underground Malaysia ini, kami berharap agar anda dapat tinggalkan pendapat anda dalam ruangan di bawah. Kami berminat untuk berkongsi dan juga bertukar-tukar pandangan dengan anda. Jangan lupa komen ya.

Seperti biasa aku akan bantu korang untuk menjenguk sebentar ke dalam kegemilangan muzik underground, atau lebih khusus band-band di atas. Seperti biasa jugak, guna Youtube lah. Thanks Chad, Steve and Karim. 


Carburetor Dung




A.C.A.B.




Butterfingers




O.A.G




The Pilgrim