Navigation Menu

Khasiat dalaman jus buah betik

Khasiat dalaman jus buah betik

Research yang dilakukan oleh The Center for Science in the Public Interest (CSPI) di Washington, adakah betik merupakan buah yang paling berkhasiat. Khasiat buah betik terdapat dari sembilan jenis vitamin, fiber dan potasium yang terkandung di dalamnya.

Di bawah adalah list khasiat-khasiat power yang terkandung di dalam buah betik dari segi kesihatan mahupun kecantikan;

Baik untuk diet

Dalam ½ kg buah betik, terkandung 68 kalori, iaitu dalam erti kata lain 3% daripada 2000 kalori (diet normal). Bahkan, betik sangat tinggi seratnya (2.7 gram) dalam ukuran yang sama.

Selain daripada kenyang kembung perut akibat terlebih dose minum jus betik setengah kilo, kandungan serat yang tinggi sangat efektif dalam mengatasi penyakit sembelit, menjaga sistem pencernaan tetap lancar.

Merawat kulit

Buah betik termasuk dalam kategori buah yang mempunyai isipadu air yang tinggi. Kandungan ini sangat baik untuk mencegah tubuh badan daripada dehydration, sekaligus membuatkan kulit kekal atau lebih lembut, cerah dan moist.

Ada lagi, buah betik tinggi dengan kandungan antioksida; efektif untuk mencegah serangan radiasi, mempercepatkan sistem metabolisme tubuh badan, dan lain-lain.

Baik untuk otak dan jantung

Anggaran sepotong buah betik terkandung 0.41 gram good fats yang baik untuk fungsi otak. Selain itu, kandungan good fats pun baik untuk kuatkan jantung, menurunkan berat badan dan membuatkan orang yang lemah longlai lebih energetic daripada biasa.

Kalau anda terlebih makan/minum buah betik atau obses sangat dengan buah betik sampaikan 3 liter jus betik sehari, tak payah risau sebab betik tak menjejaskan tubuh badan kalau terlebih dose. Ya, betik ada lemak. Tapi lemaknya lemak buah, bukan macam lemak ayam (duhhh).

Khasiat dalaman jus buah betik

Begitulah al-kisah mengenai khasiatnya buah betik. Bukan buah betik, bukan batang betik, buah betik hasil pokok betik (IFYKWIM). Biar betik. LUL

0 comments: