Navigation Menu

Makan sambil rendam kaki, Kyoto Shabonya Cafe

Makan sambil rendam kaki Kyoto Shabonya Cafe

Di Jepun ada saja perkara-perkara yang jarang, malah tak pernah dibuat orang. Tak kisah lah baik dari segi makanan ataupun masked rider. Mesti ada ganjil dia. 


Sebelum ni, ada sushi salut emas, kali ni;

Kyoto Shabonya, sebuah kafe yang terletak di pusat bandar Kyoto menawarkan perkhidmatan yang lain dari biasanya. Jika anda berkesempatan berjalan-jalan atau melawat Kyoto, jangan terlepas peluang untuk berkunjung ke kafe unik ini. Kafe ini boleh menjadi tempat berehat menikmati makanan lazat sambil merendam kaki.

Seperti yang dilaporkan oleh dramafever.com,
  • di dalam kafe ini ada juga foot bath di mana kita boleh merendamkan kaki kita sambil menikmati sajian makanan. 
      Makan sambil rendam kaki Kyoto Shabonya Cafe

Air yang dipakai untuk merendam kaki adalah air dari sumber mata air panas. Jadi kita boleh benar-benar merasa chill saat berada di dalam kafe tersebut.

Dan untuk kebersihan, dijamin 100 peratus bersih. Air yang digunakan untuk merendam kaki ini dibersihkan secara berkala.


1 comment: