Navigation Menu

Watson Nyambek bertindak lapor polis terus

Watson Nyambek bertindak lapor polis terus

Gurauan menggunakan nama atau ciri-ciri ayah dan emak memang kasar, terutamanya bagi kita berwarganegara Malaysia seperti apa yang berlaku pada Watson Nyambek. Buat saja laporan polis, biar mereka tahu. Memang tak patut untuk mana-mana pihak baik customer warung kopi tepi jalan mahupun rancangan televisyen gergasi. Siapa je yang suka ayahnya kena ejek? Nobody!

Semalam, bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek membuat laporan polis berikutan tindakan biadap pengacara rancangan komedi terbitan sebuah syarikat televisyen swasta yang menyamakan mendiang bapanya dengan binatang.

Watson tiba di pekarangan Balai Polis Pusat Miri pukul 9.20 pagi ditemani isterinya Felliza Michael Samdon serta lebih 20 orang yang mewakili 10 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terus memasuki balai untuk membuat laporan polis pada 9.58 pagi.

Sejurus selesai membuat laporan polis, Watson, 41 yang kini menjadi jurulatih sukan sepenuh masa, berkata laporan polis dibuat untuk membolehkan siasatan dijalankan ke atas stesen televisyen, penerbit dan pengacara rancangan komedi itu.

"Perkara ini telah mengaibkan saya dan keluarga saya, tindakan tegas perlu diambil, saya mahu polis siasat motif sebenar mereka bertindak demikian," katanya.

Beliau berkata walaupun permohonan maaf telah dibuat secara terbuka namun laporan polis tidak akan ditarik balik memandangkan kesalahan dilakukan oleh pihak terbabit amat serius dan sukar baginya untuk memaafkan tindakan biadap pengacara berkenaan.

Baca lagi: Heartbreaking gila, sampaikan beruang kelaparan minta makanan dari pengunjung zoo

Watson berkata beliau tetap akan meneruskan tindakan undang-undang dan tidak akan berunding walaupun pihak televisyen swasta berkenaan berhasrat untuk bersemuka dengannya di sini.

  • Beliau juga menyatakan hasrat untuk menyaman malu syarikat televisyen swasta tersebut dan akan mencari peguam yang bersedia untuk membantunya.

Dua hari lepas, Watson meluahkan rasa kecewa serta berang selepas menonton rancangan tersebut di sebuah hotel di Sibu pukul 11.15 malam pada Sabtu lepas apabila seorang pengacara lelaki mengejek nama mendiang bapanya yang juga bekas anggota polis dengan bunyi binatang.

Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina bapanya.

Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakan pinjaman sebanyak RM80,000 itu. - BERNAMA


Nak tengok gurauan dia tahap kasar yang macam mana? Sini:

0 comments: