Navigation Menu

LATEST POSTS

Showing posts with label lel. Show all posts

Tasik ditelan buih taik orang

Tasik ditelan buih taik orang

Siapa kata buih semuanya bau wangi, tak ada yang berbau taik? Dusta semuanya. Ya, buih tampak suci dengan ciri-ciri warnanya yang berwarna putih. Tapi kalau difikirkan balik, air liur pun berbuih clear putih sikit-sikit. LUL.

Kerajaan India pada beberapa bulan yang lalu sibuk membersihkan tasik yang memainkan peranan sebagai bekalan air bersih mereka. Kerajaan tempatan membersihkan tasik itu daripada kekotoran dan buih yang sangat banyak.

Deccan Herald mengatakan buih yang memenuhi tasik Varthur itu berasal dari air kencing, detergent, dan najis manusia yang bersatu dan mengalir ke tasik itu.

Elan Kulandaivelu, salah satu enterpreneur yang tinggal di kawasan tersebut mengatakan; 
"Ini adalah campuran antara detergent, air kencing, dan najis manusia. Perkara itu membuat tasik ini semakin kotor. Dan masalah ini berlaku di kawasan yang menjadi sumber pendapatan terbesar di Negara ini, Whitefield Industrial Area."

Keadaan tersebut menjadikan tasik sangat kotor dan berbahaya.

Tasik ditelan buih taik orang

Hasil kajian berkaitan air tasik tersebut mengatakan bahawa pelbagai ancaman penyakit dan kanser sangat berpotensi terjadi kerana sisa yang terkandung dalam tasik.

Parahnya lagi air tasik ini telah mencemarkan beberapa ladang dan sumber air. Buih yang terkumpul di tasik Varthur ini juga menimbulkan bau yang busuk.

Tasik ditelan buih taik orang

Proses pembersihan tasik itu dianggarkan oleh seorang doktor bernama Vaman Acharya akan memerlukan waktu hingga empat tahun. Kerajaan India merancang akan membina sistem pembuangan di sekitar tasik tersebut.

Tasik ditelan buih taik orang

Makan sambil rendam kaki, Kyoto Shabonya Cafe

Makan sambil rendam kaki Kyoto Shabonya Cafe

Di Jepun ada saja perkara-perkara yang jarang, malah tak pernah dibuat orang. Tak kisah lah baik dari segi makanan ataupun masked rider. Mesti ada ganjil dia. 


Sebelum ni, ada sushi salut emas, kali ni;

Kyoto Shabonya, sebuah kafe yang terletak di pusat bandar Kyoto menawarkan perkhidmatan yang lain dari biasanya. Jika anda berkesempatan berjalan-jalan atau melawat Kyoto, jangan terlepas peluang untuk berkunjung ke kafe unik ini. Kafe ini boleh menjadi tempat berehat menikmati makanan lazat sambil merendam kaki.

Seperti yang dilaporkan oleh dramafever.com,
  • di dalam kafe ini ada juga foot bath di mana kita boleh merendamkan kaki kita sambil menikmati sajian makanan. 
      Makan sambil rendam kaki Kyoto Shabonya Cafe

Air yang dipakai untuk merendam kaki adalah air dari sumber mata air panas. Jadi kita boleh benar-benar merasa chill saat berada di dalam kafe tersebut.

Dan untuk kebersihan, dijamin 100 peratus bersih. Air yang digunakan untuk merendam kaki ini dibersihkan secara berkala.


Sushi salut emas, 10,800-yen satu sushi

sushi mahal salut emas

Sushi yang berkualiti tinggi sememangnya telah menjadi salah satu daripada makanan-makanan favourite bagi golongan berada mahupun yang hipster. Kepada yang berada terutamanya hipster-hipster sekalian, wujudnya sushi salut emas.

Jurutera fed up tak jumpa calon isteri, dia kahwin dengan robot ciptaannya

jurutera kahwin dengan robot

Kita terbaca tweet pizza durian pun sudah rasa pelik, ini apatah lagi seorang manusia kahwin dengan robot. R.O.B.O.T. Robot ciptaannya pula tu. Kalau di Singapura ada pizza durian, di China ada pasangan manusia-robot.

        

        Robot (1) - Human (0)


Atas faktor-faktor umur dan hidup di dalam zaman teknologi yang 'susah cari calon', seorang jurutera artificial intelligence di China ada satu idea yang 'kreatif'.

Dia kahwin dengan robot dia buat sendiri.

zheng jiajia yingying

Mengikut sumber dari berita tempatan China, The South China Morning Post, via Qianjiang Evening News, Zheng Jiajia (bukan cia-cia okay) berumur 31 tahun mencipta satu robot berbentuk sama seperti perempuan pada hujung tahun lepas.

Zheng namakan robotnya Yingying. Apa yang menariknya adalah keupayaan Yingying mengenal kebanyakan huruf bahasa Mandarin, bahkan dia mampu bercakap beberapa ayat yang diprogramkan.
Zheng dan Yingying dikatakan telah kahwin pada akhir bulan Mac lepas. Percaya atau tak, mereka dating dulu selama 2 bulan sebelum kahwin. Ala-ala merisik gitu.

yingying zheng jiajia



Seni-seni arca yang kau tak pernah sangka wujud

seni-arca-kappasm

Jenis mana satu korang rasa yang paling weirdo gila? Bagi aku of course, yang terpapar dalam gambar di atas. Macam nak kena ketuk je lutut dia.

(Video) Wow! Budak perempuan 7 tahun nyanyi serupa macam Taylor Swift

xia-vigor-taylor-swift

Xia Vigor tampil dalam Philippine's talent show Your Face Sounds Familiar. Sepanjang rancangan tersebut, anak-anak kecil yang lain lakukan performance yang sama iaitu meniru penyanyi popular seperti Lady Gaga dan Alicia Keys. Akan tetapi, dalam banyak-banyak performance mereka, Xia lah yang paling nampak persamaan dengan cara menyanyi beliau.

Lel. Tengok lah sendiri.