Navigation Menu

LATEST POSTS

Showing posts with label featured. Show all posts

Apakah ubat steroid dan adakah ia baik untuk kesihatan?

Apakah ubat steroid dan adakah ia baik untuk kesihatan?

Ubat steroid adalah bahan-bahan yang meniru kesan hormon semula jadi dalam badan. Terdapat pelbagai jenis ubat steroid, seperti steroid anabolik, kortikosteroid, dan suntikan steroid. Setiap jenis mempunyai kegunaan, manfaat, dan kesan sampingan tersendiri.

Steroid anabolik


Steroid anabolik adalah versi sintetik testosteron, hormon seks lelaki. Ia digunakan untuk meningkatkan jisim otot, kekuatan, dan prestasi dalam sukan dan pembinaan badan. Sesetengah orang juga menggunakannya untuk tujuan perubatan, seperti untuk merawat kematangan lewat, penyakit yang menyebabkan kehilangan otot, atau tahap testosteron yang rendah.

Namun, steroid anabolik mempunyai banyak kesan sampingan yang serius, seperti:
  • kerosakan hati
  • masalah jantung
  • tekanan darah tinggi
  • kolesterol tinggi
  • jerawat
  • keguguran rambut
  • perubahan mood
  • agresif
  • kemandulan
  • ginekomastia (pembesaran payudara pada lelaki)
  • virilisasi (ciri-ciri maskulin pada wanita)

Steroid anabolik juga adalah haram di kebanyakan negara dan boleh menyebabkan ketagihan, gejala pengunduran diri, dan akibat undang-undang. Oleh itu, ia tidak disyorkan untuk tujuan kesihatan atau kosmetik.

Kortikosteroid


Kortikosteroid adalah ubat buatan yang menyerupai kortisol, hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal secara semula jadi. Ia digunakan untuk merawat pelbagai keadaan keradangan dan imun, seperti:
  • asma
  • alergi
  • ekzema
  • artritis
  • sklerosis berbilang
  • penyakit Crohn
  • kolitis ulseratif
  • kekurangan adrenal
  • kanser

Kortikosteroid berfungsi dengan mengurangkan keradangan dan menekan sistem imun. Ia boleh diambil secara lisan, disapu secara topikal, disuntik, atau dihirup.

Kortikosteroid mempunyai kesan sampingan yang lebih sedikit daripada steroid anabolik, tetapi ia masih boleh menyebabkan beberapa masalah, seperti:
  • penambahan berat badan
  • pengekalan cecair
  • gula darah tinggi
  • osteoporosis
  • katarak
  • glaukoma
  • jangkitan
  • penipisan kulit
  • lebam

Kortikosteroid harus digunakan hanya di bawah pengawasan doktor dan untuk masa yang paling singkat. Ia tidak boleh dihentikan secara tiba-tiba tanpa mengurangkan dosis secara beransur-ansur, kerana ini boleh menyebabkan gejala pengunduran diri dan rebound keadaan asal.

Suntikan steroid


Suntikan steroid adalah sejenis kortikosteroid yang disuntik secara langsung ke kawasan tertentu dalam badan, seperti sendi, otot, atau bursa. Ia digunakan untuk melegakan sakit dan keradangan yang disebabkan oleh keadaan seperti:
  • osteoartritis
  • artritis rematoid
  • bursitis
  • tendinitis
  • gout

Suntikan steroid boleh memberikan legaan cepat dan berterusan untuk sesetengah orang, tetapi ia juga mempunyai beberapa risiko, seperti:
  • jangkitan
  • pendarahan
  • kerosakan saraf
  • pelemahan tulang atau tendon
  • perubahan warna kulit

Suntikan steroid harus dilakukan oleh profesional kesihatan yang berkelayakan dan hanya apabila rawatan lain gagal. Ia tidak boleh diulang terlalu kerap atau dalam dosis yang terlalu tinggi, kerana ini boleh meningkatkan kemungkinan kesan sampingan.

Kesimpulan


Ubat steroid adalah bahan-bahan kuat yang boleh mempunyai kesan positif dan negatif pada badan. Ia harus digunakan dengan berhati-hati dan hanya untuk sebab-sebab perubatan yang sah. Ia tidak boleh disalahgunakan atau diambil tanpa preskripsi atau pengawasan. Sentiasa berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang ubat steroid dan ikuti arahan mereka dengan teliti. Ingat bahawa kesihatan anda lebih penting daripada penampilan atau prestasi anda.

EVALI: Mengenali, Mencegah, dan Merawat Penyakit Paru-paru yang Berkaitan dengan Vaping

EVALI: Mengenali, Mencegah, dan Merawat Penyakit Paru-paru yang Berkaitan dengan Vaping

Vaping, atau menggunakan e-rokok, telah menjadi aktiviti yang semakin popular dalam kalangan remaja dan golongan muda. Bagi sesetengah individu, vaping digunakan sebagai alternatif kepada merokok tembakau konvensional, tetapi ia turut muncul dengan risiko kesihatan tersendiri. Salah satu komplikasi serius yang berkaitan dengan vaping adalah penyakit paru-paru yang dikenali sebagai EVALI (E-cigarette or Vaping-Associated Lung Injury). Dalam blog post ini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai EVALI, termasuk tanda-tanda, punca, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.

Apa itu EVALI?


EVALI adalah penyakit paru-paru yang disebabkan oleh penggunaan produk vaping, termasuk vape pen, pod, dan rokok elektronik. Ia mungkin tidak terasa berbahaya pada awalnya, tetapi kesan jangka panjang penggunaan produk-produk ini boleh menjadi serius dan merbahayakan nyawa.

Tanda-Tanda dan Simptom


Tanda-tanda EVALI dapat bervariasi dari ringan hingga serius. Ini termasuk:

  • Batuk Kering: Ini adalah simptom utama yang menjadi ciri EVALI. Batuk berterusan dan tidak membaik adalah perkara yang perlu diberi perhatian.
  • Sesak Nafas: Individu mungkin mengalami kesukaran bernafas atau rasa sesak.
  • Sakit Dada: Rasa sakit di sekitar dada mungkin berlaku.
  • Demam: Terdapat peningkatan suhu badan yang disertai demam.
  • Kelemahan Umum: Keletihan, kelemahan, dan hilang selera makan juga boleh berlaku.
  • Batuk Berdarah: Beberapa individu melaporkan batuk berdarah.

Apa Punca EVALI?


Kaedah pasti punca EVALI belum diketahui sepenuhnya, tetapi terdapat beberapa faktor yang disyaki berkaitan:

  • Bahan Kimia Berbahaya: Produk-produk vape mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menjadi toksik apabila dihisap ke dalam paru-paru.
  • Kontaminasi Produk: Beberapa produk vape mungkin tercemar dengan bahan-bahan yang tidak selamat untuk penggunaan.
  • Gangguan Sistem Imun: Penggunaan vape boleh mengganggu sistem imun badan, menyebabkan keradangan dan kerosakan pada tisu paru-paru.

Cara Mencegah EVALI

Mencegah EVALI adalah penting, terutama bagi golongan remaja dan muda yang sering terlibat dalam penggunaan produk-produk vape. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyakit ini:

  • Kesedaran: Penting untuk mengetahui risiko penggunaan produk vape. Edukasi dan kesedaran mengenai bahayanya perlu ditingkatkan.
  • Berhenti Vaping: Jika anda atau seseorang yang anda kenal merokok e-rokok, pertimbangkan untuk berhenti segera. Sokongan untuk berhenti merokok boleh ditemui daripada pihak profesional kesihatan.
  • Konsultasi Perubatan: Sekiranya anda mengalami tanda-tanda EVALI, carilah bantuan perubatan segera. Pengesanan dan rawatan awal sangat penting.
  • Pengawasan Produk: Pastikan produk-produk vape yang anda gunakan adalah dari sumber yang sah dan tidak tercemar.
  • Amalkan Gaya Hidup Sihat: Memelihara gaya hidup sihat dengan makanan seimbang, bersenam, dan tidur yang mencukupi dapat memperkukuhkan sistem imun badan.
  • Sokongan Sosial: Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan untuk mencegah atau mengatasi kecanduan produk vape.

Kesimpulan


EVALI adalah masalah kesihatan yang serius yang berkaitan dengan penggunaan produk vape. Dengan meningkatkan kesedaran dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai, kita boleh mengurangkan risiko penyakit paru-paru ini. Ingatlah bahawa kesihatan adalah aset berharga, dan menjaga paru-paru kita adalah langkah terbaik untuk hidup yang panjang dan sihat.

Nota: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan gantian kepada nasihat perubatan profesional. Untuk maklumat lanjut mengenai EVALI, sila berjumpa dengan pakar kesihatan anda.

Rumah dinding tingkap

rumah-dinding-tingkap

Terletak di pergunungan West Virginia, jurugambar Nick Olson dan pereka Lilah Horwitz telah membina rumah mempesona yang diperbuat daripada bekas tingkap yang dibuang oleh pemiliknya.

Pondok kecil yang dibuat di pergunungan itu menawarkan pondok kreatif yang diperbuat daripada tingkap dari pelbagai saiz, memberikan sentuhan artistik baik luar bandar dan moden. Mereka memanfaatkan material dari bahan buangan yang ditinggalkan di sekitar, Nick Olson dan pereka Lilah Horwitz sangat kreatif itu mampu membina kabin kaca yang luar biasa dengan kos hanya sekitar $500.

Olson mengatakan, "Kami mampu mewujudkannya kerana kita adalah seniman dan 'pencipta'. Kita harus pandai untuk melakukannya dengan murah. "Ini bermakna saat membina kita makan kacang dan beras sementara mendedikasikan masa dan tenaga untuk membina rumah.

Vespa kayu Portugal



Tukang kayu berasal dari Portugal, Carlos Alberto telah merancang dan mencipta sebuah skuter Vespa yang seluruhnya diperbuat dari kayu. Skuter itu dinamakan seperti nama anak perempuannya, Daniella. Vespa itu dibuat dari kayu lapis yang sesuai dipasang pada skuter Vespa secara umum.

Hasil kerajinan yang penuh kasih itu merupakan hadiah yang unik dan akan selalu diingat.


[Gigs Underground] 30 April 2017

Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

Yuhhuuuuu, hai semua! Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harap korang semua sentiasa sihat bersemangat dan bertenaga sentiasa. Kali ni aku memang sangat busy sampai aku kejar masa nak type-kan untuk korang semua list gig yang aku dapat. Malam ni korang terus plan okay sebab memang banyak gig minggu ini serata Malaysia, utara selatan timur barat semua ada. Jangan rambang mata pulak, sebab gig minggu ni memang sangat menggugat jiwa. Yeah!

Sebelum tu, aku nak ingatkan bahawa gig untuk 29 April dah di-publish pun, so boleh survey gig 29 April di sini.

Okay semua, Bismillah.


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

WELCOME TO MY HOOD


Okay, first gig yang aku masukkan ke dalam list ni memang menggegarkan jari-jemari semasa aku menaip. Terus -terang pabila mata ini ternampak Restraint, dan Naratu terus rasa macam nak berhenti menaip, play lagu diorang dan ‘bersenam’ sorang-sorang. What a gig! Lihat sendiri lah band-band yang terlibat, confirm korang cancel dating dengan awek esok malam. Lets have a black party guys!
  • Venue: Perfect Square, TTDI, KL
  • Fees: RM20 (Pre-sale) / RM25 (Door)


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

IPOH MAYDAY VOL 2


Next! Gig yang kedua ini mudah untuk orang-orang Ipoh pergi. Gig ni bermula jam 3 petang dan dijangka tamat jam 11 malam. Sempat lagi korang nak jalan-jalan di Gerbang Malam, kemudian lepak di Padang Polo ( gelaran) atau bedal sup tulang di dataran. Gig ini menampilkan barisan kugiran, haha, band yang padu-padu. Bring extra cash sebab Expurgated punya EP available untuk korang dapatkan, yang mana di-release sehari sebelum, iaitu 29 April di Rumah Api. Jangan bagi alasan ada match bola, sebab korang akan menyesal kalau terlepas gig ini! Jom yeop!
  • Venue: Insider Satellite, Ipoh
  • Fees: RM10


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

PIRATES GIG 2017


Warnayang, On a Trip, Tyranny dan beberapa band lain ini tampil untuk menghangatkan jiwa dan malam Sabtu korang. Jangan tangguh-tangguh lagi, sebab bila korang nampak nama band-band yang terlibat, venue dia lagi, umphh! Lets Go!
  • Venue: Minut Init, Damansara
  • Fees: RM10


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

WAN PUNCH MAN


Hey guys! Kouji Abe and Silent Angel. Black Market lagi, mustahil korang takde rasa nak melompat dan mengerjakan crowd kat tempat popular bagi local scene ni, Rumah Api. Betul tak? Gig ini bermula 8 malam, seperti gig-gig lain jugak, kalau mula jam 8 malam jangan lupa Maghrib dulu bagi yang Muslim okay!
  • Venue: Rumah Api, Ampang
  • Fees: RM20


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

LOKALFELLAS


Yes! Pernah dengar lagu Manusia tak? Yes! Lux Spectra, Empty Page dan beberapa band lain yang mungkin sekarang sedang berlatih, atau rehearsal untuk gig Sabtu ini. Sebab nak hiburkan korang juga kan? Special nya gig ini, band Half Asleep akan launch new single diorang, so korang terlepas peluang ini okay.
  • Venue: ATAS by Bijan FX
  • Fees: RM 20 (Online) / RM25 (Door)


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

NEU BAZAAR VOL 2


Yeah guys, ada version of Acoustic kali ini, special untuk orang JB, yang mana korang akan dihiburkan oleh band Classmate, Faliant Ferdiant Trio dan guess who? Lisa Ali dan Sharan Zaki. Sumpah rugi tak pergi!
  • Venue: Neuhaus Cafe, BBU, JB
  • Fees: Tidak Dinyatakan



Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

TO SHAPE LOVE IN MISERABLE POET HEART


Aku memang suka genre diorang ini, ada seakan ambience, space, but still menyengat dengan ketukan drum yang padu, musical talent diorang ni pada pendapat aku special lah. Jangan tunggu-tunggu lagi, jom!
  • Venue: The Rockin Jamz Hall, Masai, JB
  • Fees: RM20


Okay, aku sertakan sekali video-video untuk korang semua layan, mukaddimah la untuk gig nanti.



RESTRAINT




EXPURGATED




TYRANNY





SILENT ANGEL





LUX SPECTRA





CLASSMATE





PARIS IN THE MAKING



Instagram sekarang mempunyai 700 juta pengguna

Instagram sekarang mempunyai 700 juta pengguna

Dalam masa dua tahun 'sayap' Instagram berkembang daripada 300 juta pengguna kepada 600 juta, but the growth of social does not seem to have plans to slow down, syarikat itu baru sahaja mengumumkan bahawa jumlah bilangan pengguna bertambah sebanyak 100 juta lagi sejak lima bulan lepas. 

Menurut syarikat itu, which celebrated the 600 million mark last December, jumlah pengguna meningkat lebih cepat sejak wujudnya pendaftaran untuk pengguna baru Instagram.

Antara sebab peningkatan pengguna ini adalah Stories, juga dikenali sebagai Snaps in the app dicipta oleh Evan Spiegel. Feature tersebut diperkenalkan pada bulan Ogos yang lalu dan sejak itu Instagram telah mengaut ramai pengguna daripada aplikasi Snapchat (161 juta pengguna pada akhir tahun 2016).

Walaupun bilangan pengguna Instagram begitu tinggi, platform tersebut masih berada di belakang perkhidmatan sosial Facebook yang lain seperti 
  • WhatsApp (1.2 bilion pengguna) 
  • Messenger (1.2 bilion pengguna) dan 
  • Facebook (1.86 bilion pengguna). 

Makan sambil rendam kaki, Kyoto Shabonya Cafe

Makan sambil rendam kaki Kyoto Shabonya Cafe

Di Jepun ada saja perkara-perkara yang jarang, malah tak pernah dibuat orang. Tak kisah lah baik dari segi makanan ataupun masked rider. Mesti ada ganjil dia. 


Sebelum ni, ada sushi salut emas, kali ni;

Kyoto Shabonya, sebuah kafe yang terletak di pusat bandar Kyoto menawarkan perkhidmatan yang lain dari biasanya. Jika anda berkesempatan berjalan-jalan atau melawat Kyoto, jangan terlepas peluang untuk berkunjung ke kafe unik ini. Kafe ini boleh menjadi tempat berehat menikmati makanan lazat sambil merendam kaki.

Seperti yang dilaporkan oleh dramafever.com,
  • di dalam kafe ini ada juga foot bath di mana kita boleh merendamkan kaki kita sambil menikmati sajian makanan. 
      Makan sambil rendam kaki Kyoto Shabonya Cafe

Air yang dipakai untuk merendam kaki adalah air dari sumber mata air panas. Jadi kita boleh benar-benar merasa chill saat berada di dalam kafe tersebut.

Dan untuk kebersihan, dijamin 100 peratus bersih. Air yang digunakan untuk merendam kaki ini dibersihkan secara berkala.


Sushi salut emas, 10,800-yen satu sushi

sushi mahal salut emas

Sushi yang berkualiti tinggi sememangnya telah menjadi salah satu daripada makanan-makanan favourite bagi golongan berada mahupun yang hipster. Kepada yang berada terutamanya hipster-hipster sekalian, wujudnya sushi salut emas.

[Gigs Underground] 29 April 2017 (grunge, thrash metal, etc)

gigs underground 29 april 2017 grunge thrash metal hardcore kappasm

Ini kali lah, ada 3 gigs underground (plus 1 non-underground) untuk anda semua. Kali ini kesemua gigs akan live pada tarikh 29 April tahun gajah. Nak pergi mana satu? Boleh scroll ke bawah. Mana yang malas nak scroll, click the gigs' name to jump on the details immediately.

Gigs



        grunge fest 2 underground gigs 29 april 2017 kappasm

Grunge Fest 2 

Setelah Grunge Maniac di Wavelength Studio pada 22 April yang lepas, band-band Grunge Malaysia ini meneruskan tour gig mereka ke utara tanah air, Pulau Pinang.

Haaa, ni nak habaq mai, gig kali ini menampilkan band-band yang bisa membuatkan anda berpeluh melompat kegirangan bersama persembahan mereka. 

Dead Mushroom, dengan vokalis yang mempunyai suara ala-ala Eddie Vedder pun ada kali ini, bersama band-band lokal lain seperti Anavrin, Flossy, Brokentapes Incident dan banyak lagi. So, jangan lepaskan peluang korang untuk dive daripada atas stage Sabtu ni!


  • Venue: Sound Maker Studio, Penang. 
  • Fees: RM20.00  


Jangan lupa bawa duit lebih guys, sebab korang boleh dapatkan Dead Mushroom EP “SUPEROCK” kat sini, dan pastinya merchandise dan t-shirt band-band yang ada.


Expurgated CD EP Released Party underground gigs 29 april 2017 kappasm

Expurgated CD EP Released Party 

So guys, this kind of party bukanlah parti yang korang bayangkan ada kek, permainan truth or dare atau apa pun yang terlintas dalam kepala korang. But, Expurgated CD EP Released Party adalah gig band Expurgated bersama beberapa band jemputan yang akan turut menenggelamkan korang dalam muzik keras mereka.

Kalau korang tak percaya, boleh datang, dan tengok sendiri dengan mata kepala korang. Band-band dari pelbagai tempat seperti Krusty, Damaged, Noseblunt dan lain-lain ini membawa genre power violent, grindcore dan hardcore. Baca genre sahaja dah boleh buat korang bayangkan macam mana suasana gig ni. JOM! 


  • Venue: Rumah Api, Ampang 
  • Fees: RM15.00


        hammer outrash underground gigs 29 april 2017 kappasm

Hammer Outrash 

Wahai peminat muzik ber-genre thrash metal, mari lah ke mari!

Korang boleh berkumpul dan ber-headbanging beramai-ramai bersama band-band yang kita tahu memang gempak giler, 29 April ini dari pukul 2 petang sampai korang rasa tengkuk dan badan korang larat.

Dinasihatkan jangan bawak awek kalau korang senang koyak. Ini bukan konsert muzik balada okay.  

  • Venue: Playspace, Damansara 
  • Fees: RM40 

(NON-GIG) 

        ip jazz festival 29 april 2017 kappasm

IP Jazz Festival


Bossa, Samba, Soul, Latin?  Korang minat jazz?

Musical taste korang agak berbeza kalau korang peminat jazz disebabkan chord progession genre ini agak complex dan ‘something’ sikit.

Sejujurnya aku cuma ‘masuk’ dengan slow jazz, contohnya Bossa. Kalau nak layan jazz pun aku dengar yang se-akan tetapi tidak, macam funk, atau tengok Allan Holdsworth lah sebab dia guitarist walaupun ilmu aku terlalu rendah untuk memahami scale apa dia main dengan guitar nya itu. Ha ha ha.

Mudahnya, layan band Hujan, dapat muzik ala-ala jazz rock.


  • Venue: Puteri Harbour, Nusajaya, JB. 
  • Fees: Free 

Macam sebelum ni, aku sertakan link untuk korang layan beberapa band yang akan main live depan mata korang 29 April ini. Check it out!


        Flossy

 


        Dead Mushroom





        BrokenTapes Incident





        Expurgated





        Krusty





        Morggorm





        Exothermix





        Anavrin





        Evelyn Feroza





        New Village Music Lab



[Gigs] Underground 22 April (grunge, metal, etc)

underground gigs 22 april grunge metal

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. 

Permulaan yang skema, ha ha ha. Sorry sebab baru sahaja dapat maklumat hari ini, untuk korang yang rasa stress, depressed, nak nanges, bosan, blur dan nak isi masa lapang or weekend korang dengan aktiviti sihat dan berfaedah. Aku dah struggle mencari beberapa gig untuk korang layan dan akan aku sertakan sekali beberapa klip video, macam biasa pinjam video orang lah daripada Youtube, untuk korang rasa aura dan feel of the gig and music. Blast off, its party time!


        grunge maniac underground gig 22 april

Grunge Maniac

Boleh dikatakan tahun 2017 ini menyaksikan band-band Grunge seakan tampak bangkit dengan lebih aktif, ganas dan proaktif. Boleh dikatakan Grunge Revival lah, seakan Folk Revival zaman Bob Dylan dulu, tapi ini Grunge and it is underground. Pure, energetic and BOOOOMBASTIC! Rindu lagu-lagu fenomena Kurt Cobain, Nirvana dimainkan dan memecahkan gegendang telinga korang? Lets come and blast off the weekend night!


  • Venue: Wavelength Studio, Jalan Reko, Kajang
  • Fees: RM18.00 


Berpatutan sangat lah dan harga mampu milik. Korang boleh layan muzik padu daripada band-band yang memang umphh seperti Racy, Anarkian, Anavrin, band yang sedang naik dengan lajunya, dan band lagenda yang digelar (ada yang gelarkan) Pearl Jam Malaysia, Dead Mushroom yang popular dengan lagu Read My Mind! Agak-agak korang lagu Aneurysm dan School, Nirvana ada dimainkan tak nanti? Kena la pergi sendiri.


       rattlehead megadeth underground gig 22 april

Rattlehead Megadeth

Gig anjuran Music Mania ni diadakan di Garage Studio, Taman Melawati (atas Public Bank Melawati). Menariknya gig ini, setiap band memainkan lagu-lagu terhangat Megadeth, one of big four in thrash metal, sebagai persediaan dan warm up. Sebab apa?

Megadeth live in Malaysia 4hb May 2017! So, korang boleh layan dan bersama-sama mengegarkan bumbung Public Bank itu ok? Jangan kasi runtuh pulak.


  • Venue: Garage Studio, Taman Melawati
  • Fees: RM 17.00


Demi mengisi otak dengan lagu-lagu hasil Dave Mustaine dan my idol, Marty Friedman. Wohaaaa!


        rock and noise underground gig 22 april

Rock and Noise Vol.3 

Genre is just a term, let's play music.

Rock & Noise ialah siri gig anjuran LANDASAN, dah masuk siri ketiga, kali ni diadakan di Penvia Studio, PJ. Siri Rock & Noise diwujudkan dengan tujuan nak mengetengahkan band-band baru dan separa baru daripada pelbagai genre. 5 band yang featured kali ni:
  • Duri - psychedelic progressive
  • Spacehawk - alternative
  • Governor - hard rock
  • Tinklemaybox - grunge
  • Glistening Redchair - alternative hard rock

Buat masa ini, siri Rock & Noise anjuran LANDASAN diadakan serata Klang Valley (bertukar-tukar venue) untuk sambil-sambil promote kepada crowd tentang kewujudan venue-venue di sekitar KL, sambil-sambil nak tarik crowd lain-lain/raise awareness tentang LANDASAN. Ya, ada 4 perkataan sambil dalam satu ayat. 


  • Venue: Penvia Studio, Petaling Jaya
  • Fees: RM12.00 (Pre) & RM15.00 (Door)


Boleh lawat fanpage LANDASAN di facebook.com/landasan.co dan di Instagram: @landasan.co untuk updates seterusnya!


record store day underground gig 22 april

**Record Store Day


  • Venue: Embrace Hall, 14-02, Jalan Sri Perkasa 2/22, Taman Tampoi Utama, Johor Bahru, Johor
  • Fees: Free


Dinasihatkan bawa duit lebih untuk support local scene kita!


that time of the month underground gig 22 april

**That Time of the Month (Bukan nama sebenar)


  • Venue: Ampang Point
  • Fees: RM10.00


        metal x hardcore underground gig 22 april

**Metal X Hardcore


  • Venue: Aman Studio, Meru, Ipoh.
  • Fees: RM10.00



**Disclaimer: Harap maaf kerana aku kurang maklumat tentang gig-gig tersebut. Tapi korang boleh lah bukak Youtube, ambil lima atau enam band yang ada dalam list, search and layan lagu diorang, okay?

Setakat ini secara tuntas, konklusi nya bagi peminat muzik khususnya beraliran bawah tanah, korang masih boleh menikmati muzik-muzik fresh yang berkualiti dan mengegarkan saluran darah dan jantung korang. Blog ini akan sentiasa cuba untuk membantu korang mencari gig-gig terkini dalam masa terdekat, kami akan update mengikut tarikh yang sama bagi memudahkan korang set masa dan bebas menceburkan diri ke dalam arena mosh pit atau bersandar pada dinding ala-ala otai.

ROCK ON!!!



        ANAVRIN




        KREACION




        Rock & Noise by LANDASAN


Pergi melancong, patut guna duit sendiri atau pinjam?

travel melancong pinjam duit bank

Tujuan pergi melancong ni pada pandangan aku, hanyalah bertujuan untuk menggembirakan hati, jiwa dan raga seseorang itu selepas berbulan-bulan mungkin bertahun-tahun memikul tanggungjawab di firm atau syarikat yang tertentu.

Bukan bertujuan untuk suka-suka. Misalnya, situasi sebegini;
Di dalam rumah yang diduduki oleh hanya anda dan adik bongsu yang baru berumur hingusan 2 tahun kerana emak sedang bekerja. Adik berkerenah seperti bela 10 kucing dalam rumah. Anda muram duduk dalam rumah tak ada duit tak ada kerja tak apa semua. Tiba-tiba anda ternampak satu iklan pakej pelancongan ke Pulau Bora Bora. Anda 'pinjam' duit emak menggunakan credit card kepunyaannya. Then, you live happily ever after... for 3 days only. LUL

Sangatlah mustahil untuk pergi melancong kalau anda tak ada duit. Terpapar contoh pergi melancong tetapi tak cukup duit, news tweet yang agak viral sejak beberapa hari yang lepas.


Akan tetapi, adakah meminjam duit di bank semata-mata bertujuan untuk melancong masih wajar? Of course, setiap perbincangan mesti ada perdebatannya.

Nota; Penulisan di bawah ini adalah penulisan yang di ambil daripada Aliff Channel

Meminjam wang untuk bercuti atau travel mungkin menjadi pilihan anda. Tetapi, adakah meminjam wang di bank itu perlu untuk dilakukan?

Pinjaman wang untuk bercuti memang memberikan kemudahan bagi anda. Namun, ini akan membuat anda harus membayar kembali dalam masa setahun penuh.

Pinjaman wang peribadi mungkin sama dengan pinjaman biasanya, dengan pemeriksaan aplikasi dan data kredit anda. Pelancong dengan kredit buruk akan ditolak. Sementara yang mempunyai rekod baik dalam membayar hutang boleh mendapatkan kemudahan mewah.

Berdasarkan Moneysupermarket.com, pelancong boleh mendapatkan peluang lebih banyak jika anda boleh membayar dengan jumlah besar.

Bagi anda yang boleh mengatur kewangan percutian dengan baik, adalah petunjuk bagi bank jika anda komited untuk menyelesaikan kredit tepat waktunya. Misalnya, selesaikan ansuran kereta, atau rumah ini akan memudahkan anda untuk diterima pihak bank.

Seperti memetik dari Travelerstoday, segala kemudahan yang diberikan harus dipertimbangkan oleh pelancong. Sebab, ini boleh berpotensi merosakkan situasi kewangan anda.

Misalnya, pinjaman kereta dengan harga RM40 ribu, dikatakan setara dengan anda mengambil pakej prcutian mengelilingi Eropah untuk yang sudah berkeluarga. Sementara waktu pembayaran semula hanya 3 tahun, jadi difikirkan lebih baik ya.

[Lit Sect] Pick Up The Phone (Remix) by Cønfucius feat. Ichu & Phaze



hoax vision pick up the phone
IMO this is probably one of the most lit remixes ever made by Malaysians, Pick Up The Phone. Secara personalnya, aku gemar dengan muzik ber-genre Hip-hop. Jadi, tak tahu lah post ini post biased atau bukan, heh.

Tak nak membuang masa anda lagi banyak, thus it begins the first Lit Section of Kappasm.