Navigation Menu

Tips untuk 'membatukan diri' di Amsterdam

stoned-in-amsterdam

Ganja adalah sejenis dadah yang unik. Apabila diambil, ianya mampu membawa anda mengembara dalam sebuah kembara khayalan dengan pelbagai fantasi di luar batasan minda normal. Umum tahu bahawa ‘membatu’ atau dalam bahasa penjajahnya getting stoned atau dalam bahasa melayu urbannya ‘Chorr’ adalah dibenarkan di Amsterdam. Tapi tak ramai orang yang tahu cara-cara yang betul untuk ‘membatu’ di sana. Di bawah adalah 9 garis panduan yang boleh anda ikuti untuk melepas gian di Amsterdam:


(Berikut adalah artikel daripada Travelsia.my. Kredit sepenuhnya diberikan kepada editor laman web Travelsia.my)


1. Carilah coffeeshop


Ada beza ya antara ‘coffeeshop’, ‘coffee shop’, ‘coffee house’ dan ‘café’ di Amsterdam. Antara semua itu, hanya ‘coffeeshop’ sahaja yang akan menjual ganja. Ada berlambak coffeeshop di Amsterdam. Cari atau tanya pada orang tempatan kerana tidak ada simbol atau papan iklan yang menunjukkan bahawa sesebuah tempat di Amsterdam menjual dadah itu. (Pengiklanan marijuana adalah salah di sisi undang-undang mereka). Tak perlu ‘google’ sebab kalau anda ‘google’ pun anda tak akan dapat keputusan yang anda nak baca. Ingat, mereka hanya boleh jual, tapi tak boleh iklan. Cari, jumpa, then beli sahaja ganja yang anda mahu tanpa sebarang tekanan, dan tak perlu sorok-sorok. It is legal.


2. Bawa wang tunai


Ya, bawa wang tunai, sebab kebanyakan coffeeshop tak berurusan menggunakan kad kredit. Mungkin ada sesetengah yang menerima kad kredit, tapi kebanyakannya tidak.

3. Beza “Joints” dan “Pure Joints”

Joints menjual marijuana yang dicampurkan dengan tembakau dan lebih murah. Manakala Pure Joints lebih mahal kerana menggunakan marijuana sepenuhnya. Perhatikan label. Jika tak ada label? Tengok harga. Joints lingkungan harga bawah €5 manakala Pure Joints dalam lingkungan €8 hingga €10.

4. Tips tengok menu


Ada menu disediakan untuk anda pilih perisa, jenis dan sebagainya. Tapi menu ni selalunya diletak di kaunter dan anda jangan suka-suka hati mak bapak sedara mara ambik bawak ke tempat lain pulak. Tak pasal tokey coffeeshop tu hempuk dengan penyodok sampah nanti. Ingat, pengiklanan marijuana adalah salah di sisi undang-undang mereka. So tengok sahaja, pilih, dan order.

5. Perhatikan produk sebelum membeli.

Pengiklanan memang tak dibenarkan di mana-mana coffeeshop atau kawasan sekitar Amsterdam. Tapi kebanyakannya tiada masalah untuk membenarkan anda melihat atau menghidu produk mereka. Jadi perhatikan dan pilih produk dengan teliti sebelum membeli untuk elak ganja yang lemau. Tips memilih ganja? Eh come on la, kalau anda dah sampai tahap ke Amsterdam nak chor, takkanlah nak pilih ganja pun tak reti.


6. Kebanyakkan coffeeshop tak menjual bong atau pipe.


Apa-apa paraphernalia atau alat untuk menghisap ganja atau bahasa kampungnya ‘dapur’ sukar didapati di coffeeshop. Mungkin ada sesetengah yang jual, tapi tak banyak pilihan. Coffeeshop selalu ada balut sahaja. Tapi kalau anda memang jenis berdapur orangnya, banyak tempat lain yang jual peralatan menghisap ganja di Amsterdam. Tak ada undang-undang yang melarang pembuatan atau penjualan alat-alat tersebut. Jadi, beli dan bawalah ke coffeeshop kegemaran anda.

7. Pastikan anda dibenarkan berasap.


Sebelum nak corr, tengok keliling dulu. Ada sesetengah coffeeshop ni dia sediakan kawasan khas nak berasap. Ada yang tak kisah langsung anda nak berasap kat mana pun, dan ada yang suruh anda berambus kalau nak berasap. Jadi perhatikan sama tanda-tanda ‘No Smoking’ atau ‘Smoking Area’ di dalam sesebuah coffeeshop.

8. Hisap di tempat awam


Kalau ikutkan secara teknikalnya ia dilarang dan salah di sisi undang-undang Belanda. Tapi ianya tak la dikuatkuasakan sangat pun. Selagi anda boleh kawal diri dan jaga keselamatan, orang kat sana tak heran pun anda nak hisap apa. Kalau jenis lepas hisap gelak guling-guling macam orang gila bergolek atas jalan, ada baiknya anda hisap sorang-sorang dalam bilik. Jangan ganggu ketenteraman awam, nanti makan penendang free. Apa-apa kaum, bangsa dan negara pun tak suka orang buat kacau.

9. Berseronoklah dengan berhemah

Walaupun kita tahu hisap ganja bukan sejenis kesalahan di Amsterdam namun berpada-padalah. Walaupun hisap ganja tak salah, tapi sesetengah hotel memang ada larangan merokok, jadi silalah patuh. Kalau jenis sangap terketar-ketar jugak nak hisap sepanjang penginapan, maka carilah penginapan yang benarkan penginapnya berasap dalam kawasan atau premis mereka. Beli ganja dari coffeeshop sahaja. Jangan terlibat dengan dadah sintetik yang dijual di jalanan. Ianya bahaya untuk diri anda. Berseronoklah dengan bertanggungjawab.

Notis: Ganja hanya sah di sisi undang-undang Amsterdam. Di Malaysia ianya masih dikategorikan sebagai salah satu dadah berbahaya dan salah di sisi undang-undang. Sesiapa yang ingkar akan berdepan dengan hukuman berat seperti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan negara.
Tenang is good.

0 comments: