Navigation Menu

LATEST POSTS

Showing posts with label .underground. Show all posts

[Gigs Underground] 30 April 2017

Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

Yuhhuuuuu, hai semua! Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harap korang semua sentiasa sihat bersemangat dan bertenaga sentiasa. Kali ni aku memang sangat busy sampai aku kejar masa nak type-kan untuk korang semua list gig yang aku dapat. Malam ni korang terus plan okay sebab memang banyak gig minggu ini serata Malaysia, utara selatan timur barat semua ada. Jangan rambang mata pulak, sebab gig minggu ni memang sangat menggugat jiwa. Yeah!

Sebelum tu, aku nak ingatkan bahawa gig untuk 29 April dah di-publish pun, so boleh survey gig 29 April di sini.

Okay semua, Bismillah.


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

WELCOME TO MY HOOD


Okay, first gig yang aku masukkan ke dalam list ni memang menggegarkan jari-jemari semasa aku menaip. Terus -terang pabila mata ini ternampak Restraint, dan Naratu terus rasa macam nak berhenti menaip, play lagu diorang dan ‘bersenam’ sorang-sorang. What a gig! Lihat sendiri lah band-band yang terlibat, confirm korang cancel dating dengan awek esok malam. Lets have a black party guys!
  • Venue: Perfect Square, TTDI, KL
  • Fees: RM20 (Pre-sale) / RM25 (Door)


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

IPOH MAYDAY VOL 2


Next! Gig yang kedua ini mudah untuk orang-orang Ipoh pergi. Gig ni bermula jam 3 petang dan dijangka tamat jam 11 malam. Sempat lagi korang nak jalan-jalan di Gerbang Malam, kemudian lepak di Padang Polo ( gelaran) atau bedal sup tulang di dataran. Gig ini menampilkan barisan kugiran, haha, band yang padu-padu. Bring extra cash sebab Expurgated punya EP available untuk korang dapatkan, yang mana di-release sehari sebelum, iaitu 29 April di Rumah Api. Jangan bagi alasan ada match bola, sebab korang akan menyesal kalau terlepas gig ini! Jom yeop!
  • Venue: Insider Satellite, Ipoh
  • Fees: RM10


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

PIRATES GIG 2017


Warnayang, On a Trip, Tyranny dan beberapa band lain ini tampil untuk menghangatkan jiwa dan malam Sabtu korang. Jangan tangguh-tangguh lagi, sebab bila korang nampak nama band-band yang terlibat, venue dia lagi, umphh! Lets Go!
  • Venue: Minut Init, Damansara
  • Fees: RM10


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

WAN PUNCH MAN


Hey guys! Kouji Abe and Silent Angel. Black Market lagi, mustahil korang takde rasa nak melompat dan mengerjakan crowd kat tempat popular bagi local scene ni, Rumah Api. Betul tak? Gig ini bermula 8 malam, seperti gig-gig lain jugak, kalau mula jam 8 malam jangan lupa Maghrib dulu bagi yang Muslim okay!
  • Venue: Rumah Api, Ampang
  • Fees: RM20


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

LOKALFELLAS


Yes! Pernah dengar lagu Manusia tak? Yes! Lux Spectra, Empty Page dan beberapa band lain yang mungkin sekarang sedang berlatih, atau rehearsal untuk gig Sabtu ini. Sebab nak hiburkan korang juga kan? Special nya gig ini, band Half Asleep akan launch new single diorang, so korang terlepas peluang ini okay.
  • Venue: ATAS by Bijan FX
  • Fees: RM 20 (Online) / RM25 (Door)


Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

NEU BAZAAR VOL 2


Yeah guys, ada version of Acoustic kali ini, special untuk orang JB, yang mana korang akan dihiburkan oleh band Classmate, Faliant Ferdiant Trio dan guess who? Lisa Ali dan Sharan Zaki. Sumpah rugi tak pergi!
  • Venue: Neuhaus Cafe, BBU, JB
  • Fees: Tidak Dinyatakan



Gigs Underground 30 April 2017 kappasm

TO SHAPE LOVE IN MISERABLE POET HEART


Aku memang suka genre diorang ini, ada seakan ambience, space, but still menyengat dengan ketukan drum yang padu, musical talent diorang ni pada pendapat aku special lah. Jangan tunggu-tunggu lagi, jom!
  • Venue: The Rockin Jamz Hall, Masai, JB
  • Fees: RM20


Okay, aku sertakan sekali video-video untuk korang semua layan, mukaddimah la untuk gig nanti.



RESTRAINT




EXPURGATED




TYRANNY





SILENT ANGEL





LUX SPECTRA





CLASSMATE





PARIS IN THE MAKING



5 band Underground 90-an yang wajib dikenali

5 band Underground 90-an yang wajib dikenali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Amacam? Sihat? Input kali ini adalah tentang apa yang korang dah tahu pun sebenarnya, tapi jangan terkejut lah ada sahaja lagi yang masih tak tahu tentang perkara ni, termasuklah aku. Bukannya aku otai dalam scene lokal ni. Kan? Tahu gitu-gitu je bro, so aku pun cuba lah mengkaji sikit berbekalkan kemahiran melayari internet. He he he. Kali ini aku cuba kongsikan kepada korang semua band-band underground yang wajib korang tahu, sepatutnya. Kalau tak tahu, ambil tahu sekarang juga okay! 

So silakan! 

Scene muzik underground di Malaysia dikatakan sudah bermula lewat tahun 70-an. Pada ketika itu, penggemar muzik underground lebih terpengaruh dengan muzik bergenre punk kerana banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga kerana pengaruh band punk yang sangat popular pada ketika itu iaitu The Sex Pistols.

Pada era 80-an, muzik underground sedang membangun dan berkembang. Pada ketika ini, band-band underground semakin dikenali sedikit demi sedikit. Joe Kidd adalah orang pertama yang memulakan scene punk di Kuala Terengganu dan scene muzik underground ini menjadi semakin hangat pada penghujung tahun 80-an.

Diawal kemunculan scene muzik underground ini, hanya muzik bergenre metal yang banyak menguasai carta muzik underground. Namun begitu, apabila masuk ke era 90-an, scene muzik underground semakin meletup dengan kemunculan band-band underground yang menampilkan muzik bergenre alternatif, punk, skin, grunge, brit pop, hardcore dan juga indie.

Kehadiran mereka di dalam scene underground ini adalah kerana mereka sudah bosan dengan industri muzik tempatan yang hanya lebih tertumpu pada nilai-nilai komersial yang langsung tiada kelainan. Oleh kerana itu, tertubuhlah band-band underground era 90-an yang cukup popular dikalangan remaja ketika itu.

Untuk artikel ini, kami akan menceritakan 5 band yang telah membantu dalam menaikkan scene underground dalam era 90-an sahaja. Band-band ini telah memberi impak yang sangat hebat kepada para remaja sehingga banyak penganjuran gig dibuat untuk memenuhi kehendak para peminat.

Jom kita lihat 5 band yang telah mewarnai scene underground dalam era 90-an ini.

      Carburetor Dung


Band yang membawa genre muzik punk rock ini telah ditubuhkan pada tahun 1991. Band ini telah ditubuhkan oleh Fendi, iaitu pemain bassist band ini. Namun begitu, nama asal band ini ialah Stormfish. Tetapi, setelah kemasukan Joe Kidd sebagai gitaris, band ini bertukar nama menjadi Carburetor Dung.
Album pertama Carburetor Dung yang berjudul ‘Song For Friends’ telah dilancarkan pada tahun 1993. Pada ketika, bandmates band ini terdiri daripada Fendi, Joe Kidd, Lan Bear, Pari ‘rasta’ Fari dan juga Shahlan. Lagu dalam album ini yang cukup popular sehingga kini dan telah menaikkan nama Carburetor Dung ialah ‘Boo Hoo Clapping Song’.

Carburetor Dung masih lagi aktif bermain muzik sehingga kini dan masih kekal bergerak secara underground. Menurut Joe Kidd, mereka masih mahu berpegang kepada prinsip DIY di mana segala-galanya dibuat oleh mereka sendiri dan tidak terikat dengan peraturan sesiapa. Dengan itu, dapatlah mereka menghasilkan muzik yang benar-benar datang dari isi hati mereka.


5 band Underground 90-an yang wajib dikenali

      A.C.A.B


Band yang membawa muzik bergenre Oi! ni telah memulakan perjuangan muzik mereka pada tahun 1994. A.C.A.B diasaskan oleh dua anak muda dari Kuala Lumpur bernama Magskin dan juga Eddie. Dari dua orang ini, mereka telah mengambil ahli-ahli lain untuk melengkapkan barisan band ini iaitu Sham, Anas dan juga Black.

Demo pertama A.C.A.B ini telah dilancarkan pada tahun 1995. Demo yang berjudul ‘A.C.A.B’ ini telah dimuatkan dengan 7 buah lagu dan antaranya ialah lagu seperti ‘Unfairground’, ‘A.C.A.B’ dan juga ‘Fight For Your Right’. Demo ini telah dikeluarkan di bawah label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records.

Band A.C.A.B ini boleh dikatakan sebagai band yang telah menaikkan scene skinhead dalam Malaysia. Lagu-lagu band ini juga kebanyakannya tentang perjuangan hidup golongan pertengahan. Namun begitu, pada tahun 2006, band ini telah membawa genre muzik yang baru. Dari Oi!, band ini beralih ke genre indie rock dan seterusnya mengubah nama band ini menjadi The A.C.A.B.


      5 band Underground 90-an yang wajib dikenali  

      Butterfingers


Dua ahli terawal dalam band ini ialah Loque dan juga Kadak. Ini kerana mereka bersekolah di sekolah yang sama iaitu Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Pada tahun 1993, Loque telah bertemu Emmet di mana pertemuan itu menyebabkan Emmet bersetuju beraksi bersama Loque. Line-up terawal Butterfingers pada masa itu ialah Loque, Kadak, Emmet dan juga Kalai di mana Emmet menjadi vokalis utama band ini.

Butterfingers adalah sebuah band yang membawa muzik bergenre grunge memandangkan mereka mendapat pengaruh band grunge yang cukup terkenal di Amerika Syarikat iaitu Nirvana. Dua lagu terawal yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Girl Friday’ dan juga ‘Nic O’ Tynne’. Semasa mempersembahkan lagu-lagu ini di Cobra Club House, Petaling jaya, di mana ini adalah persembahan pertama mereka, para penonton telah memberi sambutan gemuruh dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat untuk bergiat dalam industri muzik.

Butterfingers telah mengeluarkan 6 album setakat ini dan antara lagu-lagunya yang masih diingati adalah seperti ‘Chemistry’, ‘Chrome’ dan terdapat juga lagu-lagu berbahasa Melayu seperti ‘Kabus Ribut’ dan ‘Merpati Sejoli’. Kini Butterfingers boleh dikatakan telah mengundur diri dalam industri muzik tempatan dan Loque akhirnya memutuskan menubuhkan band baru bernama Monoloque.

Namun begitu, Butterfingers akan membuat kemunculan semula dalam acara ‘Rockaway 2016’ yang akan bermula pada 29 Oktober 2016. Inilah peluang kepada para peminat Butterfingers untuk melepaskan rindu mereka.


5 band Underground 90-an yang wajib dikenali
Kredit Foto: thestar.com.my

      OAG


Band OAG ataupun nama panjangnya ‘Old Automatic Garbage’ dan kemudiannya ditukar menjadi ‘Orang Asia Genius’ adalah band underground yang telah ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan ini ditubuhkan selepas menonton Konsert ‘Ikhlas’ pada tahun yang sama. Ahli asal band ini ialah Radhi, Lam dan Chi. Memandangkan zodiak mereka bertiga ialah Leo, maka lambang singa digunakan untuk menjadi logo OAG.

OAG adalah band yang membawa muzik bergenre rock alternatif dan pada asalnya band ini cuma bergerak dalam scene underground. Tetapi, selepas OAG menghantar demo mereka kepada Positive Tone dan telah menarik perhatian Paul Moss (penerbit) dan beliau terus mendaftarkan OAG di bawah Positive Tone.

OAG boleh dikatakan sebagai band yang berjaya mencipta nama di arus perdana walaupun bermula di scene underground. Antara pencapaian membanggakan OAG ialah apabila band ini dipilih untuk menyanyikan lagu tema yang bertajuk ‘Name of The Game’ untuk Piala Dunia Belia 1997.


      5 band Underground 90-an yang wajib dikenali
      Kredit Foto: www.discogs.com

      The Pilgrims


Band ini ditubuhkan pada tahun 1987 dan berasal dari Kuantan, Pahang. Pada asalnya, nama band ini ialah Hijrah. Tetapi, apabila mereka mendapat tahu ada band di Sarawak yang menggunakan nama yang sama, band ini mengubah nama mereka menjadi The Pilgrims.

Band ini dianggotai oleh 4 orang anak muda dan line-up asal band ini ialah Kombat, Bob Magnus, Hashim Semirin dan Bain. Band ini membawa muzik bergenre metal, tetapi ada yang mengatakan bahawa band ini membawa muzik bergenre punk rock. Album pertama mereka dilancarkan pada tahun 1992 dan berjudul ‘Perfume Garden’.

The Pilgrims telah menghasilkan 5 buah album di mana album terakhir mereka yang berjudul ‘Achtung. This Is Not A Metal Band’ telah dikeluarkan pada tahun 2000. Band ini juga sebenarnya turut mendapat sentuhan bandmate Carburetor Dung iaitu Joe Kidd. Antara lagu-lagu popular yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Churaliya’ dan juga ‘Sua Sui Good Morning’.

Kehadiran 5 band ini dalam scene muzik underground Malaysia sememangnya telah mencipta fenomena yang tersendiri. Selain itu, para pendengar muzik pada ketika itu mempunyai lebih banyak pilihan berbanding mendengar muzik-muzik tempatan yang hanya mempunyai nilai-nilai komersial. MENSIVE


Andainya anda mempunyai pendapat dan pandangan tentang scene muzik underground Malaysia ini, kami berharap agar anda dapat tinggalkan pendapat anda dalam ruangan di bawah. Kami berminat untuk berkongsi dan juga bertukar-tukar pandangan dengan anda. Jangan lupa komen ya.

Seperti biasa aku akan bantu korang untuk menjenguk sebentar ke dalam kegemilangan muzik underground, atau lebih khusus band-band di atas. Seperti biasa jugak, guna Youtube lah. Thanks Chad, Steve and Karim. 


Carburetor Dung




A.C.A.B.




Butterfingers




O.A.G




The Pilgrim

[Gigs Underground] 29 April 2017 (grunge, thrash metal, etc)

gigs underground 29 april 2017 grunge thrash metal hardcore kappasm

Ini kali lah, ada 3 gigs underground (plus 1 non-underground) untuk anda semua. Kali ini kesemua gigs akan live pada tarikh 29 April tahun gajah. Nak pergi mana satu? Boleh scroll ke bawah. Mana yang malas nak scroll, click the gigs' name to jump on the details immediately.

Gigs



        grunge fest 2 underground gigs 29 april 2017 kappasm

Grunge Fest 2 

Setelah Grunge Maniac di Wavelength Studio pada 22 April yang lepas, band-band Grunge Malaysia ini meneruskan tour gig mereka ke utara tanah air, Pulau Pinang.

Haaa, ni nak habaq mai, gig kali ini menampilkan band-band yang bisa membuatkan anda berpeluh melompat kegirangan bersama persembahan mereka. 

Dead Mushroom, dengan vokalis yang mempunyai suara ala-ala Eddie Vedder pun ada kali ini, bersama band-band lokal lain seperti Anavrin, Flossy, Brokentapes Incident dan banyak lagi. So, jangan lepaskan peluang korang untuk dive daripada atas stage Sabtu ni!


  • Venue: Sound Maker Studio, Penang. 
  • Fees: RM20.00  


Jangan lupa bawa duit lebih guys, sebab korang boleh dapatkan Dead Mushroom EP “SUPEROCK” kat sini, dan pastinya merchandise dan t-shirt band-band yang ada.


Expurgated CD EP Released Party underground gigs 29 april 2017 kappasm

Expurgated CD EP Released Party 

So guys, this kind of party bukanlah parti yang korang bayangkan ada kek, permainan truth or dare atau apa pun yang terlintas dalam kepala korang. But, Expurgated CD EP Released Party adalah gig band Expurgated bersama beberapa band jemputan yang akan turut menenggelamkan korang dalam muzik keras mereka.

Kalau korang tak percaya, boleh datang, dan tengok sendiri dengan mata kepala korang. Band-band dari pelbagai tempat seperti Krusty, Damaged, Noseblunt dan lain-lain ini membawa genre power violent, grindcore dan hardcore. Baca genre sahaja dah boleh buat korang bayangkan macam mana suasana gig ni. JOM! 


  • Venue: Rumah Api, Ampang 
  • Fees: RM15.00


        hammer outrash underground gigs 29 april 2017 kappasm

Hammer Outrash 

Wahai peminat muzik ber-genre thrash metal, mari lah ke mari!

Korang boleh berkumpul dan ber-headbanging beramai-ramai bersama band-band yang kita tahu memang gempak giler, 29 April ini dari pukul 2 petang sampai korang rasa tengkuk dan badan korang larat.

Dinasihatkan jangan bawak awek kalau korang senang koyak. Ini bukan konsert muzik balada okay.  

  • Venue: Playspace, Damansara 
  • Fees: RM40 

(NON-GIG) 

        ip jazz festival 29 april 2017 kappasm

IP Jazz Festival


Bossa, Samba, Soul, Latin?  Korang minat jazz?

Musical taste korang agak berbeza kalau korang peminat jazz disebabkan chord progession genre ini agak complex dan ‘something’ sikit.

Sejujurnya aku cuma ‘masuk’ dengan slow jazz, contohnya Bossa. Kalau nak layan jazz pun aku dengar yang se-akan tetapi tidak, macam funk, atau tengok Allan Holdsworth lah sebab dia guitarist walaupun ilmu aku terlalu rendah untuk memahami scale apa dia main dengan guitar nya itu. Ha ha ha.

Mudahnya, layan band Hujan, dapat muzik ala-ala jazz rock.


  • Venue: Puteri Harbour, Nusajaya, JB. 
  • Fees: Free 

Macam sebelum ni, aku sertakan link untuk korang layan beberapa band yang akan main live depan mata korang 29 April ini. Check it out!


        Flossy

 


        Dead Mushroom





        BrokenTapes Incident





        Expurgated





        Krusty





        Morggorm





        Exothermix





        Anavrin





        Evelyn Feroza





        New Village Music Lab



[Gigs] Underground 22 April (grunge, metal, etc)

underground gigs 22 april grunge metal

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. 

Permulaan yang skema, ha ha ha. Sorry sebab baru sahaja dapat maklumat hari ini, untuk korang yang rasa stress, depressed, nak nanges, bosan, blur dan nak isi masa lapang or weekend korang dengan aktiviti sihat dan berfaedah. Aku dah struggle mencari beberapa gig untuk korang layan dan akan aku sertakan sekali beberapa klip video, macam biasa pinjam video orang lah daripada Youtube, untuk korang rasa aura dan feel of the gig and music. Blast off, its party time!


        grunge maniac underground gig 22 april

Grunge Maniac

Boleh dikatakan tahun 2017 ini menyaksikan band-band Grunge seakan tampak bangkit dengan lebih aktif, ganas dan proaktif. Boleh dikatakan Grunge Revival lah, seakan Folk Revival zaman Bob Dylan dulu, tapi ini Grunge and it is underground. Pure, energetic and BOOOOMBASTIC! Rindu lagu-lagu fenomena Kurt Cobain, Nirvana dimainkan dan memecahkan gegendang telinga korang? Lets come and blast off the weekend night!


  • Venue: Wavelength Studio, Jalan Reko, Kajang
  • Fees: RM18.00 


Berpatutan sangat lah dan harga mampu milik. Korang boleh layan muzik padu daripada band-band yang memang umphh seperti Racy, Anarkian, Anavrin, band yang sedang naik dengan lajunya, dan band lagenda yang digelar (ada yang gelarkan) Pearl Jam Malaysia, Dead Mushroom yang popular dengan lagu Read My Mind! Agak-agak korang lagu Aneurysm dan School, Nirvana ada dimainkan tak nanti? Kena la pergi sendiri.


       rattlehead megadeth underground gig 22 april

Rattlehead Megadeth

Gig anjuran Music Mania ni diadakan di Garage Studio, Taman Melawati (atas Public Bank Melawati). Menariknya gig ini, setiap band memainkan lagu-lagu terhangat Megadeth, one of big four in thrash metal, sebagai persediaan dan warm up. Sebab apa?

Megadeth live in Malaysia 4hb May 2017! So, korang boleh layan dan bersama-sama mengegarkan bumbung Public Bank itu ok? Jangan kasi runtuh pulak.


  • Venue: Garage Studio, Taman Melawati
  • Fees: RM 17.00


Demi mengisi otak dengan lagu-lagu hasil Dave Mustaine dan my idol, Marty Friedman. Wohaaaa!


        rock and noise underground gig 22 april

Rock and Noise Vol.3 

Genre is just a term, let's play music.

Rock & Noise ialah siri gig anjuran LANDASAN, dah masuk siri ketiga, kali ni diadakan di Penvia Studio, PJ. Siri Rock & Noise diwujudkan dengan tujuan nak mengetengahkan band-band baru dan separa baru daripada pelbagai genre. 5 band yang featured kali ni:
  • Duri - psychedelic progressive
  • Spacehawk - alternative
  • Governor - hard rock
  • Tinklemaybox - grunge
  • Glistening Redchair - alternative hard rock

Buat masa ini, siri Rock & Noise anjuran LANDASAN diadakan serata Klang Valley (bertukar-tukar venue) untuk sambil-sambil promote kepada crowd tentang kewujudan venue-venue di sekitar KL, sambil-sambil nak tarik crowd lain-lain/raise awareness tentang LANDASAN. Ya, ada 4 perkataan sambil dalam satu ayat. 


  • Venue: Penvia Studio, Petaling Jaya
  • Fees: RM12.00 (Pre) & RM15.00 (Door)


Boleh lawat fanpage LANDASAN di facebook.com/landasan.co dan di Instagram: @landasan.co untuk updates seterusnya!


record store day underground gig 22 april

**Record Store Day


  • Venue: Embrace Hall, 14-02, Jalan Sri Perkasa 2/22, Taman Tampoi Utama, Johor Bahru, Johor
  • Fees: Free


Dinasihatkan bawa duit lebih untuk support local scene kita!


that time of the month underground gig 22 april

**That Time of the Month (Bukan nama sebenar)


  • Venue: Ampang Point
  • Fees: RM10.00


        metal x hardcore underground gig 22 april

**Metal X Hardcore


  • Venue: Aman Studio, Meru, Ipoh.
  • Fees: RM10.00



**Disclaimer: Harap maaf kerana aku kurang maklumat tentang gig-gig tersebut. Tapi korang boleh lah bukak Youtube, ambil lima atau enam band yang ada dalam list, search and layan lagu diorang, okay?

Setakat ini secara tuntas, konklusi nya bagi peminat muzik khususnya beraliran bawah tanah, korang masih boleh menikmati muzik-muzik fresh yang berkualiti dan mengegarkan saluran darah dan jantung korang. Blog ini akan sentiasa cuba untuk membantu korang mencari gig-gig terkini dalam masa terdekat, kami akan update mengikut tarikh yang sama bagi memudahkan korang set masa dan bebas menceburkan diri ke dalam arena mosh pit atau bersandar pada dinding ala-ala otai.

ROCK ON!!!



        ANAVRIN




        KREACION




        Rock & Noise by LANDASAN


Minat muzik underground? Apa sejarahnya di Malaysia?

Aku pertama kali ke gig pada 11 Mac 2017 haritu, dengan dua orang kawan aku. Aku pergi Hyper Noise Tune, dengan niat nak tengok Massacre Conspiracy dan Dead Mushroom, juga Sekumpulan Orang Gila. Ada rasa macam noob jugalah sebab orang lain dah lama layan benda-benda macam ni, tapi aku baru first time. HA HA HA. 

But, since aku merasakan bahang gig underground, aku mula mengkaji, atau dalam bahasa mudah dan jujurnya, surf internet lah. Dunia hujung jari kan sekarang, bukan payah pergi library cari buku. So, aku belajar banyak perkara dan banyak sejarah yang sepatutnya aku tahu lebih awal. Rugi betul tahu lambat, tapi still okay sebab nak ambil tahu, kan?

muzik underground malaysia

Jadi, nak tahu scene underground kat Malaysia ni bermula bila dan bagaimana?


Sejarah underground di Malaysia


Nota; Penulisan di bawah ini adalah penulisan yang di ambil daripada sebuah blog iaitu, http://malayaneum.tripod.com/ . Tujuan penyiaran di sini adalah untuk berkongsi sejarah dan pengetahuan kepada pembaca.

Sejarah underground di Malaysia ini sudah pun dimulakan oleh segelintir remaja pada lewat 70an dahulu. Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik Punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistols yang begitu popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Joe Kidd telah menubuhkan scene punk yang pertama di Kuala Terengganu pada awal 80an, namun pada masa itu hampir tidak ada band yang ditubuhkan secara serius. Mereka hanya bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, tetapi pada tahun 1987 terdapat sebuah band di Terengganu yang memainkan irama punk dengan pengaruh thrash metal iaitu Mallaria dan mereka turut merakamkan demo yang tidak diketahui kesudahannya.

Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga geng-geng punk yang lain di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (Abazz daripada band punk The Karatz) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi budak-budak lain.

Ketika itu juga telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini dikesan pada sekitar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang dua tahun selepas itu.

Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory dan King Diamond.

Pada peringkat awal ia tidak dilabel muzik underground kerana tidak wujud suasana bertukar-tukar demo tape, maklumat dan membuat fanzine sendiri. Material-material dari luar negara (album, demo dan majalah) masih lagi tidak dijual di sini. Kebanyakannya hanya dibawa oleh pelajar-pelajar di luar negara dan mana-mana mamat yang berminat cuma fotostat dan dubbing sahaja daripada mereka.

Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Muzik tersebut sudah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik sperti death metal, industrial, grindcore dan black metal. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal.

thrash-konsert-1988Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band yang memainkan muzik yang lebih ganas konsepnya iaitu black metal. Antara band black metal terawal ialah Black Fire, Rator dan Vulga.

Pada tahun itu juga sebuah konsert thrash metal pertama kali telah diadakan di Stadium Negara dengan aksi band Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death. Penonton dianggarkan sekitar 6000 orang walaupun sebelum beberapa buah media tempatan mengatakan konsert tersebut tidak akan mendapat sambutan ekoran daripada jenis muzik yang dibawakan.

Suasana underground mula wujud apabila sudah banyak band mula merakamkan demo, membuat fanzine dan sudah ada gig secara kecil-kecilan. Muzik thrash, black dan death metal telah dilabel sebagai muzik underground.

Pada penghujung tahun 1989, Rator telah merakamkan demo mereka yang pertama iaitu 'Evil Symphony' di Hellion Studio, Sil Khannaz juga telah ditubuhkan pada waktu ini. Fanzine juga telah mula wujud dan antara yang terawal ialah Aedes (Joe Kidd) dan Thrash Attack (Aziz).

Zine Thrash Attack hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu Aziz menyambungnya dengan zine Vortex From The East. Ada yang mengatakan zine Aedes (dimulakan pada tahun 1986) merupakan zine underground yang pertama di Malaysia tetapi menurut Joe Kidd sebelum itu sudah terdapat sebuah lagi zine di Terengganu iaitu Huru-Hara. Menurutnya editor zine tersebut hanya diedarkan di kalangan rakan-rakannya sahaja di Kuala Terengganu.

Zine Aedes hanya wujud hingga isu ke tujuh sahaja. Zine-zine tersebut pada awalnya hanya ditulis tangan atau ditaip sahaja (menggunakan manual typewriter) dan kemudian difotostat serta diedarkan kepada rakan-rakan mereka di dalam dan luar negara.

Sebuah zine dari Ipoh iaitu Krenmaut yang diusahakan oleh Sam (Batara Guru), Ajak dan Bearkey juga adalah antara zine yang terawal. Selepas tahun 1993 bermacam-macam zine yang keluar dan boleh dikatakan tedapat di seluruh negara terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang. Antaranya ialah Heartcore, Buddy Holly, Suffer Age, Mukus, Obscure People, Earslaughter, Piss of Mine, Nathias, Verization, Noisy Scene dan banyak lagi. Ada antara zine tersebut yang masih wujud sehingga kini seperti Nathias dan Mukus.

Pada waktu yang sama, scene underground berkembang dengan begitu pesat. Antara yang begitu aktif ialah di Kuala Lumpur, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang. Pada awalnya hanya muzik metal sahaja yang menduduki 'carta underground' dan begitu banyak diadakan di kelab-kelab.

Pada waktu ini sudah banyak band metal ditubuhkan seperti Silent Death, Suffercation, Infectious Maggots, dan banyak lagi. Kebanyakan daripada band-band ini berpusat di Kuala Lumpur dan sering membuat 'meeting' di Central Market.

Bandaraya Ipoh juga antara yang paling aktif melahirkan band-band metal yang power. Antaranya ialah Langsuyr, Profane Creation, Necrotic Chaos, Athotorgh dan banyak lagi. Di Sarawak juga terdapat scene yang aktif dengan band metal seperti Senseless, Sputum dan Kremation.

Pada waktu tersebut juga terdapat band black metal seperti Aradia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan macam-macam lagi. Selepas itu wujud bermacam-macam lagi band beraliran metal seperti Narsamum, Infernal Void, Silo, Kerrasuk dan pelbagai lagi band dengan konsep metal yang pelbagai.

Kebanyakan daripada band tersebut juga sudah mula merakam album di bawah label-label independen yang wujud untuk menyokong scene underground seperti Dark Journey Records, Ultra Hingax Productions dan Sonic Asylum Records.

Jika disingkap kembali kepada senario hiburan tempatan pada waktu itu adalah tersangat menyedihkan kerana penguasaan golongan karyawan yang tidak punya sensiviti kepada progresi evolusi corak hidup alternatif, golongan muda/remaja. 

Sebahagian besar karya muzik mainstream yang diciptakan itu perlu berlandaskan kepada nilai komersil dan ini begitu menyesakkan citarasa golongan muda yang ingin sekali mencari kelainan. Sebut sahaja dari segi citarasa muzik, filem mahu pun budaya hidup, jelas golongan anak muda moden mahukan sesuatu yang mungkin tiada nilai komersil langsung tetapi kuat ciri estetikanya.

Bertitik tolak dari kemunduran dunia muzik tempatan, maka kelahiran aliran corak hidup alternatif melalui dunia muzik dilihat sebagai satu cetusan budaya pop yang menjana pengikutnya sendiri. Pada waktu itu rasanya kemeriahan dan keakraban sesama pengikut 'undergrounders' terasa utuh kerana bersemangat tinggi untuk mewujudkan dunia muzikal mereka sendiri.

Tiada sebarang sempadan yang menghalang mereka dari menikmati alunan protes dan kekerasan dari pemuzik bermahzabkan underground kerana ia turut terkandung bersama cetusan hati dan jiwa pemberontakan remaja pada waktu itu.

Turut sama lahir seiring dengan cetusan ini adalah kepelbagaian corak genre muzik tempatan. Daripada golongan pendengar muzik Melayu yang terkenal sinonim dengan irama leleh maka pencetusan genre muzik dari aliran kumuh Rock n’ Roll seperti Heavy, Speed dan Death Metal bagaikan mantra anak muda.

Boleh dikatakan eksistensi gig-gig muzik underground muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun dijalankan secara kecil-kecilan di kelab malam atau pub-pub sekitar kota, namun kehadiran pengikutnya makin bertambah dan secara tak langsung gerakan ini boleh dikatakan mencapai status 'cult'.

Kemasukan era 90’an, terasa benar-benar memberi impak yang besar. Jelas dari perubahan arah muzikal ketika itu turut sama mempengaruhi gaya hidup terkini dengan kelahiran generation-x yang membuahkan genre muzikal seperti alternative, grunge, indie, brit pop, punk, skin, hardcore dan pelbagai lagi.

Ia bagaikan virus yang pantas menular di kalangan remaja sekolah untuk turut sama mengikuti trend muzikal terbaru hasil import dunia hiburan antarabangsa. Kemeriahan begitu terasa, malah semakin banyak pula band-band gagasan anak muda Malaysia yang hebat wujud pada waktu itu seperti O.A.G, Spiral Kinetic Circus, Carburetor Dung, Butterfingers, Namesis, The Pilgrims, A.C.A.B dan banyak lagi.

Sekitar pertengahan 90'an, industri muzik underground tempatan bagaikan mencapai kemuncaknya kerana semakin banyak penganjuran gig-gig dilakukan di luar daripada ibu kota. Pulau Pinang, Perak dan Johor Bharu turut sama mempunyai pengikut undergrounders tersendiri dan hampir setiap hujung minggu pasti ada sahaja gig-gig yang dianjurkan oleh kumpulan underground tempatan.

Apa yang membanggakan adalah kunjungan secara rasmi kumpulan–kumpulan muzik antarabangsa seperti Third Eye Blind dan Fugazi ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan bermain muzik di Fire Discotheque. Penganjurannya dilakukan secara serba serderhana tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak undergrounders Malaysia.

Tidak ketinggalan, pergerakan muzik underground Malaysia ini pernah mendapat liputan yang khusus daripada majalah US berpengaruh seperti Rolling Stone. Pada edisi 528, November 1996, wartawan David Wright-Neville menulis satu halaman penuh tentang cetusan kelahiran budaya underground. Boleh juga disemak pada halaman 39, beliau menamakan tajuk artikelnya sebagai "The Rebels of KL: Malaysian subcultures are smashing stereotypes with their own brands of punk rock and grunge." Jadi disini saya mengambil satu petikan komentar beliau berkenaan tajuk di atas.

"If there is any truth to the maxim that the more oppressive the dominant culture the more creative the subcultures, then tonight's gathering of punks, skin heads, dreads, and doyen of grunge speaks volumes about modern Malaysia. There are Malays, Chinese, Indians and a smattering of Eurasians, all gathered in an almost celebratory atmosphere which certainly speaks well of Malaysia's ability to manage its once explosive ethnic mix."

Malangnya pandangan positif diatas tidak selalunya dikongsi bersama wartawan akhbar perdana Malaysia.

Pernah tercetus satu kontroversi yang mengemparkan negara akibat daripada kewujudan budaya underground suatu waktu dahulu. Ia dijadikan satu isu sensasi negara kerana akhbar tersebut menampilkan foto seorang pemuda skin yang sedang asyik berpogo di salah satu gig di ibu kota.

Isu laporannya benar-benar memberikan pandangan yang negatif kepada masyarakat dan secara tak langsung remaja Malaysia dituduh menghadapi krisis moral yang parah. Maka semenjak dari insiden itu juga semakin banyak gig-gig muzik underground diserbu polis atas arahan pihak atasan kerana khuatir dengan tahap keruntuhan moral anak muda.

Pelbagai penyakit sosial turut dibangkitkan seraya dengan penglibatan ramai remaja yang gemar mengunjungi gig-gig ini. Semenjak dari insiden itu, maka pergerakan golongan underground menjadi sedikit mundur. Penganjuran gig juga semakin berkurangan walaupun kadang kala setiap bulan pasti ada juga penganjurannya.

Maka dari sini terkesan kemunduran dari segi pengelolaannya dan bertambah parah banyak pula band-band yang menemukan titik noktah berkarya mereka di persada underground. Tambah memeritkan adalah apabila insiden Black Metal yang disensasikan oleh pihak akhbar tahun yang lalu. Akibatnya senario muzik underground menghadapi kelesuan.

Walaupun begitu, untuk mengatakan scene underground telah berkubur adalah satu pernyataan yang mengundang kecelakaan kerana ia masih bernyawa dan akan terus wujud selagi ada golongan generasi muda. Jika diperhatikan sekarang (setelah hilangnya badi insiden Black Metal), senario underground kembali mengelegak. Tetapi intensiti dan penyatuan kelompoknya tidak seperti pada zaman permulaannya.

Kini lebih banyak gig yang dilakukan atas dasar berpuak-puak mengikut genre muzikal yang tersendiri. Tiada lagi ‘unity’ yang sering dilaung-laungkan dahulu. Kalau diukur pula dari segi prestasi dan penguasaan muzikal memanglah amat membanggakan. Begitu ramai pemuzik muda generasi pelapis memiliki penguasaan dan kefahaman yang baik di dalam soal teknikaliti mereka untuk bermuzik.

Dan isu terakhir yang menjadi kudis adalah soal pengurusan sesebuah show, gig atau konsert yang melibatkan nama-nama kumpulan underground. Sikap para penganjur kadang kala amatlah menyedihkan kerana yang dikejar adalah potensi komersil semata. Mereka bijak memanipulasi keadaan atau etika undergrounders bagi memenuhi keuntungan yang membuah kepada poket di samping tidak memandang serius kepada 'equipments' instrument muzik dan juga 'welfare' sesebuah band.

Adakalanya bayaran upah yang diberikan kepada band juga mengecewakan dan hanya cukup makan. Jika dilihat dari sudut kewangan memangbukanlah soal pokok, tetapi setiap dari anggota band-band perlulah diberi imbuhan yang seimbang dengan perkhidmatan mereka menghiburkan khalayak.

Jika keadaan ini berterusan, mungkin senario muzik underground tidak mungkin mengalami evolusi sikap dan perubahan yang boleh dibanggakan.

Sumber Asal: http://malayaneum.tripod.com/

Disertakan beberapa video gig yang lepas. Silakan.


hyper noise tune