Navigation Menu

LATEST POSTS

Showing posts with label video. Show all posts

5 band Underground 90-an yang wajib dikenali

5 band Underground 90-an yang wajib dikenali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Amacam? Sihat? Input kali ini adalah tentang apa yang korang dah tahu pun sebenarnya, tapi jangan terkejut lah ada sahaja lagi yang masih tak tahu tentang perkara ni, termasuklah aku. Bukannya aku otai dalam scene lokal ni. Kan? Tahu gitu-gitu je bro, so aku pun cuba lah mengkaji sikit berbekalkan kemahiran melayari internet. He he he. Kali ini aku cuba kongsikan kepada korang semua band-band underground yang wajib korang tahu, sepatutnya. Kalau tak tahu, ambil tahu sekarang juga okay! 

So silakan! 

Scene muzik underground di Malaysia dikatakan sudah bermula lewat tahun 70-an. Pada ketika itu, penggemar muzik underground lebih terpengaruh dengan muzik bergenre punk kerana banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga kerana pengaruh band punk yang sangat popular pada ketika itu iaitu The Sex Pistols.

Pada era 80-an, muzik underground sedang membangun dan berkembang. Pada ketika ini, band-band underground semakin dikenali sedikit demi sedikit. Joe Kidd adalah orang pertama yang memulakan scene punk di Kuala Terengganu dan scene muzik underground ini menjadi semakin hangat pada penghujung tahun 80-an.

Diawal kemunculan scene muzik underground ini, hanya muzik bergenre metal yang banyak menguasai carta muzik underground. Namun begitu, apabila masuk ke era 90-an, scene muzik underground semakin meletup dengan kemunculan band-band underground yang menampilkan muzik bergenre alternatif, punk, skin, grunge, brit pop, hardcore dan juga indie.

Kehadiran mereka di dalam scene underground ini adalah kerana mereka sudah bosan dengan industri muzik tempatan yang hanya lebih tertumpu pada nilai-nilai komersial yang langsung tiada kelainan. Oleh kerana itu, tertubuhlah band-band underground era 90-an yang cukup popular dikalangan remaja ketika itu.

Untuk artikel ini, kami akan menceritakan 5 band yang telah membantu dalam menaikkan scene underground dalam era 90-an sahaja. Band-band ini telah memberi impak yang sangat hebat kepada para remaja sehingga banyak penganjuran gig dibuat untuk memenuhi kehendak para peminat.

Jom kita lihat 5 band yang telah mewarnai scene underground dalam era 90-an ini.

      Carburetor Dung


Band yang membawa genre muzik punk rock ini telah ditubuhkan pada tahun 1991. Band ini telah ditubuhkan oleh Fendi, iaitu pemain bassist band ini. Namun begitu, nama asal band ini ialah Stormfish. Tetapi, setelah kemasukan Joe Kidd sebagai gitaris, band ini bertukar nama menjadi Carburetor Dung.
Album pertama Carburetor Dung yang berjudul ‘Song For Friends’ telah dilancarkan pada tahun 1993. Pada ketika, bandmates band ini terdiri daripada Fendi, Joe Kidd, Lan Bear, Pari ‘rasta’ Fari dan juga Shahlan. Lagu dalam album ini yang cukup popular sehingga kini dan telah menaikkan nama Carburetor Dung ialah ‘Boo Hoo Clapping Song’.

Carburetor Dung masih lagi aktif bermain muzik sehingga kini dan masih kekal bergerak secara underground. Menurut Joe Kidd, mereka masih mahu berpegang kepada prinsip DIY di mana segala-galanya dibuat oleh mereka sendiri dan tidak terikat dengan peraturan sesiapa. Dengan itu, dapatlah mereka menghasilkan muzik yang benar-benar datang dari isi hati mereka.


5 band Underground 90-an yang wajib dikenali

      A.C.A.B


Band yang membawa muzik bergenre Oi! ni telah memulakan perjuangan muzik mereka pada tahun 1994. A.C.A.B diasaskan oleh dua anak muda dari Kuala Lumpur bernama Magskin dan juga Eddie. Dari dua orang ini, mereka telah mengambil ahli-ahli lain untuk melengkapkan barisan band ini iaitu Sham, Anas dan juga Black.

Demo pertama A.C.A.B ini telah dilancarkan pada tahun 1995. Demo yang berjudul ‘A.C.A.B’ ini telah dimuatkan dengan 7 buah lagu dan antaranya ialah lagu seperti ‘Unfairground’, ‘A.C.A.B’ dan juga ‘Fight For Your Right’. Demo ini telah dikeluarkan di bawah label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records.

Band A.C.A.B ini boleh dikatakan sebagai band yang telah menaikkan scene skinhead dalam Malaysia. Lagu-lagu band ini juga kebanyakannya tentang perjuangan hidup golongan pertengahan. Namun begitu, pada tahun 2006, band ini telah membawa genre muzik yang baru. Dari Oi!, band ini beralih ke genre indie rock dan seterusnya mengubah nama band ini menjadi The A.C.A.B.


      5 band Underground 90-an yang wajib dikenali  

      Butterfingers


Dua ahli terawal dalam band ini ialah Loque dan juga Kadak. Ini kerana mereka bersekolah di sekolah yang sama iaitu Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Pada tahun 1993, Loque telah bertemu Emmet di mana pertemuan itu menyebabkan Emmet bersetuju beraksi bersama Loque. Line-up terawal Butterfingers pada masa itu ialah Loque, Kadak, Emmet dan juga Kalai di mana Emmet menjadi vokalis utama band ini.

Butterfingers adalah sebuah band yang membawa muzik bergenre grunge memandangkan mereka mendapat pengaruh band grunge yang cukup terkenal di Amerika Syarikat iaitu Nirvana. Dua lagu terawal yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Girl Friday’ dan juga ‘Nic O’ Tynne’. Semasa mempersembahkan lagu-lagu ini di Cobra Club House, Petaling jaya, di mana ini adalah persembahan pertama mereka, para penonton telah memberi sambutan gemuruh dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat untuk bergiat dalam industri muzik.

Butterfingers telah mengeluarkan 6 album setakat ini dan antara lagu-lagunya yang masih diingati adalah seperti ‘Chemistry’, ‘Chrome’ dan terdapat juga lagu-lagu berbahasa Melayu seperti ‘Kabus Ribut’ dan ‘Merpati Sejoli’. Kini Butterfingers boleh dikatakan telah mengundur diri dalam industri muzik tempatan dan Loque akhirnya memutuskan menubuhkan band baru bernama Monoloque.

Namun begitu, Butterfingers akan membuat kemunculan semula dalam acara ‘Rockaway 2016’ yang akan bermula pada 29 Oktober 2016. Inilah peluang kepada para peminat Butterfingers untuk melepaskan rindu mereka.


5 band Underground 90-an yang wajib dikenali
Kredit Foto: thestar.com.my

      OAG


Band OAG ataupun nama panjangnya ‘Old Automatic Garbage’ dan kemudiannya ditukar menjadi ‘Orang Asia Genius’ adalah band underground yang telah ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan ini ditubuhkan selepas menonton Konsert ‘Ikhlas’ pada tahun yang sama. Ahli asal band ini ialah Radhi, Lam dan Chi. Memandangkan zodiak mereka bertiga ialah Leo, maka lambang singa digunakan untuk menjadi logo OAG.

OAG adalah band yang membawa muzik bergenre rock alternatif dan pada asalnya band ini cuma bergerak dalam scene underground. Tetapi, selepas OAG menghantar demo mereka kepada Positive Tone dan telah menarik perhatian Paul Moss (penerbit) dan beliau terus mendaftarkan OAG di bawah Positive Tone.

OAG boleh dikatakan sebagai band yang berjaya mencipta nama di arus perdana walaupun bermula di scene underground. Antara pencapaian membanggakan OAG ialah apabila band ini dipilih untuk menyanyikan lagu tema yang bertajuk ‘Name of The Game’ untuk Piala Dunia Belia 1997.


      5 band Underground 90-an yang wajib dikenali
      Kredit Foto: www.discogs.com

      The Pilgrims


Band ini ditubuhkan pada tahun 1987 dan berasal dari Kuantan, Pahang. Pada asalnya, nama band ini ialah Hijrah. Tetapi, apabila mereka mendapat tahu ada band di Sarawak yang menggunakan nama yang sama, band ini mengubah nama mereka menjadi The Pilgrims.

Band ini dianggotai oleh 4 orang anak muda dan line-up asal band ini ialah Kombat, Bob Magnus, Hashim Semirin dan Bain. Band ini membawa muzik bergenre metal, tetapi ada yang mengatakan bahawa band ini membawa muzik bergenre punk rock. Album pertama mereka dilancarkan pada tahun 1992 dan berjudul ‘Perfume Garden’.

The Pilgrims telah menghasilkan 5 buah album di mana album terakhir mereka yang berjudul ‘Achtung. This Is Not A Metal Band’ telah dikeluarkan pada tahun 2000. Band ini juga sebenarnya turut mendapat sentuhan bandmate Carburetor Dung iaitu Joe Kidd. Antara lagu-lagu popular yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Churaliya’ dan juga ‘Sua Sui Good Morning’.

Kehadiran 5 band ini dalam scene muzik underground Malaysia sememangnya telah mencipta fenomena yang tersendiri. Selain itu, para pendengar muzik pada ketika itu mempunyai lebih banyak pilihan berbanding mendengar muzik-muzik tempatan yang hanya mempunyai nilai-nilai komersial. - MENSIVE


Andainya anda mempunyai pendapat dan pandangan tentang scene muzik underground Malaysia ini, kami berharap agar anda dapat tinggalkan pendapat anda dalam ruangan di bawah. Kami berminat untuk berkongsi dan juga bertukar-tukar pandangan dengan anda. Jangan lupa komen ya.

Seperti biasa aku akan bantu korang untuk menjenguk sebentar ke dalam kegemilangan muzik underground, atau lebih khusus band-band di atas. Seperti biasa jugak, guna Youtube lah. Thanks Chad, Steve and Karim. 


Carburetor Dung




A.C.A.B.




Butterfingers




O.A.G




The Pilgrim

Bayi dipaksa berjalan untuk sembuhkan demam panas

Bayi dipaksa berjalan untuk sembuhkan demam panas

Bayi mana boleh berjalan, lebih-lebih lagi time dia tengah demam. Tapi bila dipaksa berjalan, demamnya sembuh? Ada sedikit mindf**k di situ.


Amalan bomoh bayi di sebuah kampung terpencil di India mendapat sorotan meluas kerana amalan berbahaya bagi keselamatan si bayi. Dalam video yang tersebar di Youtube, bomoh bayi di Kampung Assam mencengkam bayi berusia 2 hari dan dipaksa berjalan.

      Bayi itu dipegang bahagian tengkuknya, kemudian didirikan di atas selimut. 

Di sekitarnya, puluhan orang-orang hanya boleh menyaksikannya. Mereka yakin, apa yang dilakukan bomoh itu baik bagi si bayi malang itu.

Bayi dipaksa berjalan untuk sembuhkan demam panas

Ibubapa bayi tersebut membawanya berjumpa dengan bomoh perempuan berusia 50 tahun itu untuk menyembuhkan demam anaknya. Ritual penyembuhan itu lantas dirakam oleh salah seorang penduduk tempatan. Kemudian, dia menunjukan video itu kepada polis. Tidak lama selepas itu, pihak polis datang ke lokasi dan membawanya kehospital berdekatan.

Ibubapa bayi itu menjelaskan, sudah dua hari anaknya terus menangis lantaran demam.

"Dia demam. Tapi kini bayi itu sudah sihat," kata polis bernama Rakesh Kumar. 

Dari laporan NDTV, polis sudah menahan dua orang perempuan, termasuk bomoh wanita itu.


Budak kembar umur 2 tahun, malam-malam buat parti

budak-parti-kembar-kappasm

Kanak-kanak akan semestinya akan buat apa yang dia nak, di mana saja dia nak.

Hypothesis di atas menjadi lebih kukuh apabila kerenah kanak-kanak dirakam pada waktu tengah malam buta & parents tengah tidur. Pandai diorang buat parti tengah-tengah malam.

Kembar berumur 2 tahun, Andrew Balkin dan Ryan Balkin, seronok bermain bersama-sama apabila parents mereka tutup lampu bilik. Bukan saja berseronok, malah mereka sempat kemas-kemas bilik lepas dah puas main.


        Classic!

African Bullfrog, world's biggest katak

african bullfrog katak paling besar

(Berikut adalah artikel daripada zamrispoon. Partial of the credits diberikan kepada editor laman web tersebut)

Arfican Bullfrog, atau dikenali sebagai Katak Afrika merupakan sejenis katak paling besar di dunia. Dengan permukaan tubuh kasar dan licin, umumnya katak jenis ini mempunyai sifat agresif. Karnivor amfibia itu boleh melompat sejauh 12 kaki dan mempunyai gigi taring yang kuat digunakan bertarung.

Senior Tropical House Keeper di Taman Haiwan Newquay, England, Dan Garrick yang setiap hari memberi makan katak gergasi menyatakan, katak Afrika merupakan sejenis katak serakah.

"Sejenis katak pembunuh yang hanya duduk menunggu mangsanya," kata Dan Garrick.

katak afrika bayi besar

        Boom! Itu bukan Katak Afrika dewasa, baby lagi tu.

Bagaimana katak yang mempunyai warna hijau kuning memburu ialah dengan cara melakukan serangan tiba-tiba pada haiwan yang boleh dijangkaunya. Binatang yang menjadi mangsa itu dipastikan mati lemas, tidak bernyawa sebelum sampai pencernaan.

"Jika mangsanya terlalu besar, katak itu menunggu isi perutnya keluar," jelas Garrick.

Walaupun kelihatan sangat garang, katak ini ternyata mempunyai sifat penyayang. Induk katak ini selalu menjaga telur dan berudu daripada ancaman pemangsa. Jenis katak ini juga menggali kolam khusus untuk memastikan anak-anak mereka tidak mati kekeringan.

katak afrika paling besar mandi kolam

        Nothing big, just relaxing in the tub with some friends.

Katak Afrika atau dalam bahasa Latin disebut Adspersus Pyxicephalus merupakan pemakan serangga, tikus atau burung. Katak ini dikenali sebagai karnivor berbeza dengan katak-katak lain. Seekor katak Afrika ini beratnya boleh menjangkau dua kilogram, dengan panjang mencapai 24 sentimeter. Katak ini boleh ditemui di seluruh wilayah Afrika bahagian selatan, tengah dan timur.



        Fresh meat!

katak arfika osfrog kappasm lul
OSfrog got this
Kappa

Seni-seni arca yang kau tak pernah sangka wujud

seni-arca-kappasm

Jenis mana satu korang rasa yang paling weirdo gila? Bagi aku of course, yang terpapar dalam gambar di atas. Macam nak kena ketuk je lutut dia.

(Video) Heartbreaking gila, sampaikan beruang kelaparan minta makanan dari pengunjung zoo

beruang-sun-bear-minta-makanan-zoo

Video yang sangat distressful. Zoo ini semestinya memperlekehkan tanggungjawab dalam menjaga beruang-beruang yang kelaparan tahap maksimum. Pengunjung-pengunjung zoo juga yang baik, berikan makanan kepada beruang even those were junk foods. Poor bears. Korang semua tengok video tak kesian ke dekat beruang-beruang ni?

(Video) Easy esfak! Selesaikan Rubik's Cube dalam masa 4.74 saat

mats-valk-rubiks-cube-world-record

Mats Valk, 20, pemuda Jerman mencatat rekod dunia dengan menyelesaikan permainan Rubik's Cube 3x3 hanya dalam masa 4.74 saat sahaja. Average masa untuk rekod dunia untuk Rubik's Cube 3x3 adalah 6.54 saat (source). Beliau mencatat rekod di Jawa Timur Open 2016 di Indonesia.

Abang Kappa tak nak cakap banyak, mari tengok macam mana dia boleh selesaikan puzzle itu dengan cepat.



Average main Rubik's Cube pun boleh ambil masa dalam 2 hingga 5 minit. Inikan pula abang Kappa yang tangan menggeletar tak habis. Haha.