Navigation Menu

LATEST POSTS

Showing posts with label india. Show all posts

Bayi dipaksa berjalan untuk sembuhkan demam panas

Bayi dipaksa berjalan untuk sembuhkan demam panas

Bayi mana boleh berjalan, lebih-lebih lagi time dia tengah demam. Tapi bila dipaksa berjalan, demamnya sembuh? Ada sedikit mindf**k di situ.


Amalan bomoh bayi di sebuah kampung terpencil di India mendapat sorotan meluas kerana amalan berbahaya bagi keselamatan si bayi. Dalam video yang tersebar di Youtube, bomoh bayi di Kampung Assam mencengkam bayi berusia 2 hari dan dipaksa berjalan.

      Bayi itu dipegang bahagian tengkuknya, kemudian didirikan di atas selimut. 

Di sekitarnya, puluhan orang-orang hanya boleh menyaksikannya. Mereka yakin, apa yang dilakukan bomoh itu baik bagi si bayi malang itu.

Bayi dipaksa berjalan untuk sembuhkan demam panas

Ibubapa bayi tersebut membawanya berjumpa dengan bomoh perempuan berusia 50 tahun itu untuk menyembuhkan demam anaknya. Ritual penyembuhan itu lantas dirakam oleh salah seorang penduduk tempatan. Kemudian, dia menunjukan video itu kepada polis. Tidak lama selepas itu, pihak polis datang ke lokasi dan membawanya kehospital berdekatan.

Ibubapa bayi itu menjelaskan, sudah dua hari anaknya terus menangis lantaran demam.

"Dia demam. Tapi kini bayi itu sudah sihat," kata polis bernama Rakesh Kumar. 

Dari laporan NDTV, polis sudah menahan dua orang perempuan, termasuk bomoh wanita itu.


Tasik ditelan buih taik orang

Tasik ditelan buih taik orang

Siapa kata buih semuanya bau wangi, tak ada yang berbau taik? Dusta semuanya. Ya, buih tampak suci dengan ciri-ciri warnanya yang berwarna putih. Tapi kalau difikirkan balik, air liur pun berbuih clear putih sikit-sikit. LUL.

Kerajaan India pada beberapa bulan yang lalu sibuk membersihkan tasik yang memainkan peranan sebagai bekalan air bersih mereka. Kerajaan tempatan membersihkan tasik itu daripada kekotoran dan buih yang sangat banyak.

Deccan Herald mengatakan buih yang memenuhi tasik Varthur itu berasal dari air kencing, detergent, dan najis manusia yang bersatu dan mengalir ke tasik itu.

Elan Kulandaivelu, salah satu enterpreneur yang tinggal di kawasan tersebut mengatakan; 
"Ini adalah campuran antara detergent, air kencing, dan najis manusia. Perkara itu membuat tasik ini semakin kotor. Dan masalah ini berlaku di kawasan yang menjadi sumber pendapatan terbesar di Negara ini, Whitefield Industrial Area."

Keadaan tersebut menjadikan tasik sangat kotor dan berbahaya.

Tasik ditelan buih taik orang

Hasil kajian berkaitan air tasik tersebut mengatakan bahawa pelbagai ancaman penyakit dan kanser sangat berpotensi terjadi kerana sisa yang terkandung dalam tasik.

Parahnya lagi air tasik ini telah mencemarkan beberapa ladang dan sumber air. Buih yang terkumpul di tasik Varthur ini juga menimbulkan bau yang busuk.

Tasik ditelan buih taik orang

Proses pembersihan tasik itu dianggarkan oleh seorang doktor bernama Vaman Acharya akan memerlukan waktu hingga empat tahun. Kerajaan India merancang akan membina sistem pembuangan di sekitar tasik tersebut.

Tasik ditelan buih taik orang